Click Here!

Makeover Dinding Rosak

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, August 27, 2013

     Raya tahun ni hubby merajinkan diri makeover dinding kat tepi tangga. Dah teruk sangat rupanya, dengan tompok2 kulat kesan dari paip dalam dinding rumah sebelah yang bocor. Dah lama pun dia bising pasal hal tu. Akhirnya orang sebelah tutup jugak. Terus tak digunakan langsung paip tu. Sayangnya dinding rumah kami bertompok2 dengan kulat. Mencemar pandangan sungguh!    

    Duduk berjiran sebelah menyebelah ni memang payah jugak kalau tak de tolak ansur. Nasib baiklah akak rumah sebelah tu mahu tolak ansur. Kalau tak, makin rosak la dinding rumah kami. So sekarang dinding tu tak lembap macam dulu lagi. Tapi tompok2 kulat masih kekal. Sakit mata kami tengok. Asal ada orang datang, mesti tanya kenapa dinding ade kulat? Jenuh nak cerita kat sorang2.   

    Sudahnya kami ambil keputusan nak pasangkan sticker wall paper tu. Nampaknya itu jer solusi paling jimat dan berkesan. Kalau nak catkan semula pun, kesan tompok tetap ketara. Kalau tampal dengan sticker wall paper inshaa Allah, dinding tu naik semula serinya. Hubby pasang sendiri jer. Wall paper sticker tu kami beli kat Mr DIY. Satu gulung tu lebar 45cm dan panjangnya 5 meter. Harganya pun murah cuma rm10 lebih jer segulung. Bajet untuk keseluruhan dinding ni di bawah rm60. Lepas siap pemasangannya, memang cantik sangat. Teruja!

* Lepas ni hubby boleh la senyum bila panjat tangga. No more sakit hati & sakit mata!




Sebelum & selepas

{ 2 komen... read them below or add one }

Danini Soffi said...

Cantik, at least tak lah sakit mata memandang dinding tu kan.

Danini Soffi said...

Cantik, at least tak lah sakit mata memandang dinding tu kan.