Click Here!

Kelas Kasut Marathon

Ditulis oleh Aida Awie on Monday, August 26, 2013

          Hari ni memang cipta sejarah betul. Biasanya kalau ajar orang yang first time nak buat kasut ni, kita ajar step by step dan makan masa jugak. Ada dua sessi ada yang tiga sessi untuk satu pola. Tapi student kali ni dia marathon satu pola dalam 6 jam. Haha... Pantas macam kilat. Risau jugak kalau dia tak faham sebab aku macam laju semacam. Tapi alhamdulillah dia boleh catch up. Kira fast learner sungguh. Gitu kekdah kalau orang dah nak sangat ilmu ni. Aku pulak yang asyik tersasul dan teragak2 step. Punya la nak cepat. Break kejap untuk solat dan makan je. Ha.. 6 jam tu belum tolak yang break solat dengan makan. Maknanya lagi super fast marathon. Haha...


        Kalau la dia tak sesat tadi, aku fikir dapat dah dia siapkan 2 jenis pola ikut pakej yang dia ambil tu. Tapi aku pulak kalut nak pi open house rumah kak ipar. Open house tu aku memang tak menolong langsung la. Datang isi perut je aku laki bini ni. Haha... Dapat jugak la jumpa mertua kat rumah dia. Kalau tak, jadi menantu ape tak tau. Biziii memanjang, macam aku sorang je yang kerja sampai mertua datang pun tak dijenguk. Tapi alhamdulillah jugak kalau ada 10 student cam ni. Memang cepat kerja aku. Kalau past ni ngajar kat rumah jer pun cam best gak. Sebabnya sambil mengajar sambil berlari memasak kat dapur. Berkilo lemak cair tu... (^_<)!

Published with Blogger-droid v2.0.10

{ 2 komen... read them below or add one }

Faisal said...

Salam,mcm mane nak belajar buat kasut ye? berapa yuran?

Aida Awie said...

as salam..
en faisal bole hubungi email saya, aidadewie7311@gmail.com