Click Here!

Jurnal Perjalanan Raya ke 2

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, August 23, 2013

       Maaflah...
       Blog ni kadang2 kalau tuannya ada hal atau masalah memang tak de cerita sangat. Lagipun tuannya bukanlah blogger tegar, cuma ada blog sebab nak berkongsi cerita jer. Hal Labu yang sakit tak habis lagi, tapi entri2 hari raya kena publish jugak. Drafnya dah lama cuma tak publish jer. Jadi sebelum cerita makin basi baiklah dipublishkan ye dak?

     Cuti raya tak sah tak berjalan,kan? Dari Muar kami beraya ke sebelah Terengganu pula. Kampung hubby, Kg Hj Shafie, Losong dekat ngan tempat industri kepok lekor tu atau lebih tepat, belakang Muzium Terengganu. Dari Muar ikut laluan Segamat - Kuantan. First time balik Terengganu ikut laluan ni. Tapi alhamdulillah... Sampai juga, cuma lambat je la. Risau nak bawa laju2 tempat tak biasa. Orang kata biar lambat asal selamat. Dalam perjalanan yang panjang tu biasa la, singgah sana sini. Sekejap singgah isi minyak, isi perut, pas tu singgah ke tandas dan singgah solat. Jadi perjalanan terasa lama sangat tapi santai.

     Di bandar Muazham Shah, kami singgah makan dan solat jamak. Kedai makan ada satu dua je yang beroperasi, so tak banyak pilihan. Makan je apa yang ada. Saya pilih sambal udang 3 ekor dan sayur taugeh. Hubby pulak makan kari ayam dan taugeh(gambar xsempat nak ambil sebab lapar sangat). Kena RM19.50 termasuk air limau ais 2 gelas. Kira ok ler kut memandangkan tak de pilihan. Lagipun isi udang tu ada besar telunjuk jugak saiznya.Kemudian teruskan perjalanan, Hubby bawak sorang2 jer. Saya duk kat tepi, jadi co-pilot merangkap penyuap makanan dan air kat hubby. Hehe.. ^_^

    Sampai Kuantan, hubby tanya pendapat nak ikut laluan mana ke Terengganu. Saya memang dari dulu dan selamanya suka laluan pantai. Biar la jauh sikit, tapi permandangan tak membosankan. Suka tengok permandangan tepi pantai. Tengok kampung2 dan yang penting boleh singgah melepaskan penat. Sampai Sg Ular rasa nak singgah sekejap ambil angin laut kat area2 situ, tapi hubby cakap kita singgah bila kat Terengganu nanti. Saya ikut aje, janji dapat singgah. So perjalanan diteruskan sehinggalah sampai di Pantai Kemasik. Cantik tempatnya. Masa sampai sini petang dah tapi orang masih ramai lagi. Siap ada yang berkelah dengan keluarga. Kat Kemasik ni cantik sebab ada bungkahan batu besar dengan tekstur yang menarik hasil dari proses luluhawa beratus tahun. Selain itu, pasir pantainya yang bersih sangat menakjubkan pandangan mata. Ok layan gambar.







          Singgah sekejap je kat sini. Orang kata buat luruskan pinggang. Sian hubby drive sesorang. Selesai makan kepok lekor sambil layan angin laut, kamib teruskan perjalanan. Jauh lagi tu..

         Tiba di Kuala Terengganu pun dah jam 8 malam. Singgah isi perut dulu. Kat mana tak ingat dah, tapi ramai betul orang kedai mak cik tu. Dek nak cepat sangat kami order nasi goreng ayam je. Boleh la janji hilang lapar. Rasa biasa2 jer. Tak la tak sedap, tapi tak la sedap sangat pun. Orang ramai, kedai pulak banyak yang masih tutup. Jadi jangan banyak cerita. Makan je apa yang ada. Perjalanan bersambung ke Losong sebelum tiba di destinasi akhir untuk penginapan malam tu di Scout Inn, Seberang Takir. Cantik tempatnya!! Murah pulak tu...

* Sambung kendian dalam entri seterusnya...
Published with Blogger-droid v2.0.10

{ 0 komen... read them below or add one }