Click Here!

Bila Labu Jatuh Sakit

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, August 22, 2013

          Semalam bawa Labu pergi vet kat Rahman Putra. Dah dua tiga hari tak nak makan. Pulak tu muntah2. Kalau muntah biasa yang ada rumput tu biasa la. Tapi ni dah muntah kuning. Macam ada yang tak kena jer. Petang semalam berkejar la kami ke veterinar. Lewat jugak la dalam 6.30 petang baru sampai. Asalnya pi vet kat Saujana Utama jer, tapi rupanya doktor pakai appointment. Tu terus gi kat Rahman Putra. Labu lemah jer tapi dok ngiau jangan cakap la. Tension hubby nak bawak kereta. Masalahnya Labu ni memang gayat naik kereta. Tak berhenti ngiau macam kena dera pulak. Lagi satu keadaan Labu macam dah kritikal sebab dia cirit dan keluar darah jugak. Risau betul!!


       Sampai kat vet nasib baik tak ramai orang, doktor Fauzi terus rawat Labu. Drip air, cucuk antibiotik dan ubat kemudian suap Labu makan tiga empat suap. Memang kena paksa makan sebab badan Labu dah lemah sangat. Dah dihidrat.. Doktor cakap nasib baik kami bertindak awal, kalau tak Labu mungkin tak dapat diselamatkan. Doktor sahkan Labu kena virus dan kami kena kuarantinkan Labu selama seminggu. Kena kurung dia dan bagi ubat supaya antibodi kuat semula dan sementara ni dia tak boleh kawan dengan kucing2 lain. Kesian bila tengok Labu kena tixur dalam cage kat dapur sorang2. Selalu tidur dengan kami. Tapi nak buat macam mana, kalau tak kurung dalam cage nanti dia merayap keluar rumah. Demi sayang la kami tabahkan hati kurung dalam cage tu.

     Miaw..miaw..
     Papa dah tak senang duduk. Tapi bonda dah bagi warning supaya pap tak bukak cage. Biar la Labu mengiau sampai pagi pun, bonda akan pekakkan telinga demi kesihatan Labu. Pagi sebelum pi kerja tadi, suapkan Labu makan. Tapi dia jeluahkan makanan tu balik. Pancut ubat pun nak kena cekang rahang dia, ubat antibiotik yang pill tu lagi la dia tak suka. Mungkin rasa ubat tu pahit, dia jeluahkan dengan air liur berlejeh2. Kenalah tukar baju lain. Sorry bonda agak kasar sikit. Tapi Labu tak nak bagi kerjasama.

    Sekarang bonda kat opis, tapi hati kat rumah. Dok teringat je. Harap la hari ni papa tak de meeting, boleh balik awal tengok2kan Labu dan suapkan makanan. Sedihnya... Harap Labu bertahanlah. Jangan cepat mengalah macam Adika dulu. Bonda dan Papa sayang kat Labu. So Labu be tough ok!!


Hopefully Labu makin sihat. Ni gambar Labu pagi tadi lepas kemas cage dia dan siap makan.

{ 0 komen... read them below or add one }