Click Here!

Selamat Menyambut Hari KeMERDEKAan

Ditulis oleh Aida Awie on Saturday, August 31, 2013

    As salam semua. Dikesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua. Semoga negara kita akan tetap aman damai dan dijauhi dari peperangan.

Sumber : Google
    Bersyukur sangat dilahirkan di dalam negara yang aman seperti Malaysia ni. Walaupun ada juga kejadian jenayah, namun masih di tahap yang masih terkawal. Tak mahu la jadi macam negara2 lain yang sedang bergolak di luar sana tu. Perang sana sini. Nak makan pun tak senang. Yang paling sedih kanak2 dan orang awam yang tak berdosa pun turut jadi mangsa bedilan peluru yang tak mengenal mangsa. Mudah2an ALLAH selamatkan negara kita dari terjadinya peperangan. Amin.. Terima kasih juga kepada perajurit2 negara yang telah berkorban masa dan tenaga memastikan negara sentiasa dalam keadaan yang makmur. Semoga ALLAH merahmati hidup kalian.

    Kepada mereka2 yang di luar sana, hargailah keamanan negara yang kita kecapi sekarang. Jangan ikutkan emosi dan cetuskan sebarang propaganda yang bakal merugikan kita. Sedarlah bahawa keamanan yang kita kecapi hari ini pasti akan hilang sekiranya kita tidak bersatu padu dan menjaga sensitiviti sesama kita. Mungkin bila tiba waktu itu, keamanan yang kini dikecapi secara percuma bakal kita bayar harganya! Sedarlah.. Bersatulah... SELAMAT HARI MERDEKA.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!




{ 0 komen... read them below or add one }