Click Here!

Meriahnya Malam Raya 2013

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, August 13, 2013

   Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat.

   Balik beraya baru ada mood nak update citer pasal raya.   Meriah sungguh suasana malam raya tahun ni. Adik-beradik semuanya dapat balik berkumpul di kampung kecuali 2 orang yang tak dapat balik. Bila dah ramai2 ni, keluarlah macam2 idea. Idea paling best adalah berbuka puasa dengan kambing bakar. Ye, kami bakar seekor kambing malam raya tu. Seronok betul!









   Mak masak ketupat palas dengan rendang. Petang tu mak long pula hantar nasi impit dan kuah sate. Memang terbaiklah! Kat Johor, memang dah adat kunjung-mengunjung dan hantar makanan masa malam raya. So suasana raya tu jadi tambah meriah dengan lauk pauk dan juadah yang terhidang.    Kami berbuka ala bbq, jadi makan kat luar rumah, kat taman bunga mak. Lepas berbuka ala kadar, kami maghrib dulu di masjid dan sambung makan2 lagi sambil dengar takbir raya. Memang kenangan terindah!








Main mercun & bunga api tu bahayakan? Mak bagi cucu dia main bunga api yang tak ade api. Seronok je budak kecik ni main. Janji ade cahaya macam bunga api tu,kan?



Published with Blogger-droid v2.0.10

{ 0 komen... read them below or add one }