Click Here!

Crunchy Bites!! Sedap...

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, July 5, 2013

Hallo.. Salam Jumaat kawan2.. 
Eh.. Assalamualaikum ...  Hari ni semangat sangat nak bercerita, sampai tak nyempat2 nak bagi salam dulu.
Seronok sangat tu bukan sebab apa.. Sebab berjaya buat Crunchy Bites. Buang tebiat kan pepagi buta buat biskut. Eh.. Crunchy Bites ni dalam kategori biskut ke? 

Crunchy Bites yang dah siap. 
Petang semalam lepas office hour, ajak hubby pi beli bahan2nya kat Klang. Dah survey dari minggu lepas lagi biskut ni. Nak beli memang harganya tak nak mengalah. Jadi nak puaskan hati, baiklah cuba buat sendiri. Resepinya saya dapat dari blog Masam Manis. Agak ringkas, cuma harga bahannya boleh tahan jugak la. 
Paling mahal dah tentulah tepungnya. Semalam masa call bakery tu, dah siap2 tanya stok dan harga setiap satu. Tapi bila sampai sana, tepung pulak habis. Nak buat camne kan? So, tokey kedai tu suggest satu jenis tepung lagi, Bee-Sting Mix. Katanya sama jer. Cuma yang tuh nama Florentine. So, terus angkat 2 peket. 
* Huh! Tamakkan? Buat tak tentu lagi jadi ke tak... Tapi membeli macam nak buat jualan jer. Hehe... 

Masa call tu survey jugak la harga untuk tepung, badam hiris dan kuaci. Konon2 tu jer le bahan yang perlunya. Tapi bila masuk je kedai tu, tetiba list tadi melayang dari memori. Apa nampak semua nak angkut masuk dalam bakul. Senyum ke telinga je tokey kedai tengok bakul kita. 
*Orang yg first time masuk kedai bakery memang teruja macam ni eh? Ke saya sorang je perangai pelik...?

Tepung Bee-sting mix. 
So, sumbat2 semua dalam bakul terus jalan tegak je ke kaunter. Tak mo toleh kiri kanan dah. Nanti banyak lagi yang masuk dalam bakul. Hasil borong seperti gambar bawah ni...

Tepung, badam hiris, kuaci sunflower, bertih beras dan bijan hitam. 

***  Pagi tadi ***

Lepas buatkan breakfast hubby, terus je keluarkan oven. Siap2 panaskan oven dan bakar badam dan kuaci dalam 3 minit. Lepas tu, sejukkan sekejap sebelum campur dengan tepung bersama bijan hitam, bertih beras dan flexseed. Apa ada hal.. Kita bikin sendiri, masuk jer apa rasa nak masuk. Cornflakes pun kalau ade nak masukkan jugak ni. Biar rangup je masa makan. Gaul rata semua bahan dan tekan dalam loyang kasi dia rata. Nanti bila dah bakar tak de le setengah bahagian nipis, setengah bahagian tebal. Kan??

Senang je cara buatnya kan?
Saya agihkan jadi 2 loyang sebab tak nak biskut ni tebal sangat. Setiap loyang bakar dengan suhu 160c 5-8 minit. Masa bakar loyang yang kedua, saya tambah jadi 10 minit sebab loyang tu besar sikit saiznya. 

Dah siap pun.. Boleh la hubby makan balik kerja nanti. Nah, saya tingalkan sebalang
kat rumah. Bakinya bawak pi office.
Resepinya mudah je. Ikut sukatan yang telah diberikan di peket tepung. 

2 bahagian tepung bee-sting mix 
+
1 bahagian bahan2 lain campuran kekacang tu.

Tapi next time saya nak ubah sikit resepinya sebab yang pertama kali ni macam banyak ruang kosong dan agak manis macam bepang. Mungkin boleh cuba skala ni pulak.

2 bahagian tepung + 1 1/2 bahagian campuran kekacang. 

Bertih beras tu rasanya masa tepung melting boleh tambah  lagi atasnya dan tekan2 bagi mampat. 


{ 8 komen... read them below or add one }

Anonymous said...

salam...bestnyaaa mkn ni,,xnak stop!tp saya prefer almond n kuaci je,,sbb bubble rice mcm spoil rasa nuts yg ade,,tp depends pd citarasa..:) no wonder la depa juai mahai,,sbb bahan pun costly kan!dh bole bisnes ni sis...:D

Aida Awie said...

Salam.. mmg best. Emm part bahan tu mmg rege agak mahal so kalau nak beli murah kena tukar bhn murah2 je. Nak biz mcm xyakin je.. sbb dapur kecik. Ddk kejap je pun dah rimas. Camne nak buat biz?

Istana Kasih said...

mane nak beli bee-sting mix? dah puas cari, tp xjumpe bakery yg juai...

Aida Awie said...

Istana Kasih.. saya beli di BS Bakery, Jalan Meru, Klang. Harganya murah sikit dari tepung Florentine, dalam RM15.50/800 gram

NoRaDiYaAhHaNnA said...

Sis bs bakery tu area mane ye?? Sy crik bertih beras

Aida Awie said...

Noradiyaahhana,
Bs Bakery Shop
Phone number 03 3341 1513
Address 205 & 209, Batu 1 1/2, Jalan Meru, Klang, Selangor Selangor Postcode 41050

annwhyjay said...

Saya pernah tgk kat kedai jual tu ada org demo. Dia kata bee sting mix tu 600 gm utk hasil campuran kekacang tu 1 kg. Hehee... Saya dh lama beli. Baru hari ni nk buat.. Tu yg intai resepi kat blog aida ni. Thanks...

Aida Awie said...

annwhyjay...ye ke? tq bgtau ye. raya ni rasa nak buat lagi.. ramai kut suka makan sambil hadap tv. hihi..

* seronok kalau makanan kita laku,kan?