Click Here!

Muraya Pokok Pagar Yang Wangi

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, July 21, 2013

       Kalau beli rumah, perkara utama kita fikirkan adalah pagarnya. Betul tak? Selain dari keselamatan, pagar membantu mencantikkan lagi rumah kita. Ada bermacam jenis pagar untuk dipilih bergantung kepada bajet kita. Ada sesetengah orang sukakan pagar batu, ada juga yang minat pada pagar kayu ala kampung. Tak kurang juga yang memilih kombinasi keduanya. Bagi saya apa jenis pagar pun asalkan ianya selamat dan menepati bajet di poket, pasti ada yang berkenan.

    Rumah saya adalah rumah jenis lot tepi. Jadi memang memerlukan pagar supaya keselamatan serta privasi penghuni dan harta benda lebih terjamin. Namun saya tidak berminat membina pagar batu yang pastinya menghalang saya berhubung dengan jiran tetangga. Saya lebih menggemari pagar jenis semulajadi iaitu dari pokok2 yang ditanam sebaris dan rapat2. Semasa dalam proses perancangan dulu lagi kami telah sepakat untuk menanam Pokok Muraya sebagai tanaman pagaran. Selain daunnya yang tumbuh rapat, ia juga mengeluarkan bunga yang sangat wangi. Baunya lembut pabila ditiup angin akan membuatkan kita seperti berada di spa. Terasa sungguh tenang bila sesekali angin bertiup sambil kita duduk2 berbuai di laman. Bukankah ianya juga merupakan terapi stress?



      Pada peringkat awal saya tidak nafikan bahawa kosnya agak besar bagi orang yang berbajet rendah seperti kami, tetapi setelah ditimbal balik ianya tidaklah mencapai kos membina pagar kayu atau bayu. Ini kerana harga pokok yang tingginya separas pinggang boleh mencapai sehingga rm30 sepokok namun atas dorongan dan keyakinan dari suami, kami sama2 bergandingan menanam dan menjaganya sehingga besar dan kini pokok2 tersebut telah membesar melebihi ketinggian kami. Untuk mengurangkan kos, kami menyusunnya berselang seli dengan pokok pagaran yang lain. Kami juga menjalankan kerja2 penanaman sendiri tanpa mengupah pekerja.


     Tatkala bunganya mekar dan mewangikan taman, hilang terus segala kejerihan semasa mula2 menanamnya. Alhamdulillah... Berbaloi dengan usaha.

{ 2 komen... read them below or add one }

JaSSNaNi said...

owh.. namanya pokok muraya.. penah tengok and dah terlupa pun bau wanginya camne.. hehehe

Aida Ab Jalil said...

Jassnani.. baunya harum dan lembut. Tak macam melur agak kuat. So kalau tengah lepak2 kat laman dan ada angin sepoi2.. memang nyaman je rasa. Pernah jugak jiran tegur sbb waktu menjerat burung terbau wangi semacam. Terus dia balik tak jadi menunggu. Disangkanya bau org halus.. hiks2x..