Click Here!

Hidup & Mati Kebun Sekangkang Kera

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, July 16, 2013




          Kebun sekangkang kera kami dah nampak anak2 ulam raja mula naik. Harap2 dapatlah merasa gulai lemak ulam raja dalam masa sebulan dua dari sekarang. Serai juga dah keluar daun baru. Tapi pertumbuhannya macam lambat sikit. Mungkin sebab tanahnya kurang sesuai kut.

         Dalam hati nak tanam macam2 tanaman seperti dulu. Tapi memandangkan ulat dan bena putih bermaharajalela, maka kena tangguhkan dulu. Abah saya pesan supaya dibuatkan dulu kawasannya, biar bertutup sikit supaya senang mengawal serangan serangga nanti. Tanah pun perlu ditukar dulu agar pokok yang tumbuh lebih sihat.



        Bila lihat anak limau purut saya ni, memang saya kena buat sesuatu. Ulat bermaharajalela sampai daunnya yang lebat hari tu habis togel. Memang geram sangat!! Hari minggu ni nak cuba buatkan jaring sangkar agar ulat tak boleh makan daunnya lagi.

{ 4 komen... read them below or add one }

Razfira said...

yg gambar last tu mcm ade pelepah kelapa jatuh ea

Aida Awie said...

Oh.. bkn pelepah kelapa. Yg kering tu anak pandan yg disemai semula. Yg terbaring kt bwh tu pulak pelepah pokok palma.

suka suka said...

ulam raja boleh buat gulai ya.. tak pernah try ni.. nanti boleh tunjukkan cara2 membuatnya ya!

Aida Awie said...

Boleh.. sedap tau! Ok nnt sy buatkan 1 entry dgn resepinya ye.