Click Here!

Memilih.. Nak Yang Mahal Jer

Ditulis oleh Aida Awie on Wednesday, July 31, 2013


    Lately susah sangat nak suruh Labu makan. Dia macam dah boring dengan makanan yang kami bagi. So petang tadi pergi pet shop belikan trial pek blackwood dengan royal canin. Nampaknya Labu cuma nak makan dari brand royal canin jer. Amboi... Pandai betul memilih eh. Nak makan yang mahal jer si Labu ni,kan?      

Bagi Labu try Blackwood dan Royal Canin...

      

    Memang tak dinafikan brand ni harganya agak mahal sikit tapi kalau Labu nak makan, saya sanggup belikan. Sayang punya pasal kan? Dah macam anak sendiri pulak. Mungkin juga kena bagi campur2 dengan brand lain supaya dia tak boring sangat nanti.   Apa-apa pun harapnya cukuplah makanan dia sepanjang kami cuti raya nanti. So far kucing yang datang curi makanan pun tak banyak macam dulu. Awek si Labu jer sekor, tu pun dah tentulah si Labu yang mengajaknya. Nak ayat awek la katakan...  

   Masa nak beli makanan Labu tu, ada sorang abang bagi tips makanan kat hubby. Dia pun ada bela kucing juga. So, dia nasihatkan campur makanan kering dengan basah supaya rasanya lebih kuat. So malam ni try campurkan blackwood + seafood cocktail. Alhamdulillah... Nampaknya selera sekali Labu makan. Habis semangkuk. Seronok bila tengok Labu kembali berselera nak makan. Yelah kan... kalau kat rumah dia tak nak makan, kat mana lagi dia dapatkan makanan. Jangan dia buat kerja selongkar tong sampah jiran sudah.      


     


{ 4 komen... read them below or add one }

Mrs Zamzuri said...

hi.. sent u email pesal kelas buat kasut.. tgk eh!

anyway, salam kenal!

Suria Lekatlekitgurl said...

sekor takpe.. macam rumah saya kat kampung ber ekor2.. makan nasi+ikan rebus & wiskes jugak.. tapi budget org dalam umah tu ler tanggung. kita dah keluar rumah ni.. tumpang kasih sayang sekali sekala je bila balik kampung

Aida Awie said...

Hi.. salam kenal. Ade email eh, nnt i check k.

Aida Awie said...

Suria.. kalau dah syg kan?
Tapi diorang ni tau jer nak mengada2 bila org dah syg tu. Mula2 dtg dulu, bagi apa pun sebat. Now dah pandai nak jeling2 kalo xsuke. Lps tu gi lepak kat sofa sambil buat muka. Geram...