Click Here!

Aserom: Masakan Orang Kampung di Raub, Pahang

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, May 30, 2013

Sebelum tu nak tanya dulu, korang tau ape tu aserom?

     Aserom atau sebutan dialeknya a-se-rhung (ada dengung sket) adalah makanan paling heaven di kampung saya, Raub. Mungkin dari segi rupanya tak nampak pun tang mane sedapnya tu, kan? Tapi kalau dah try sekali mesti nak lagi. Aserom ni sesuai untuk orang yang suka masakan pedas, sebab kalau tak pedas tak datang kick dia. Rasanya tak jauh beza dengan kacang atau biji cempedak, tapi lebih sedap lagi.

    Aserom ni pernah dipopularkan oleh Permaisuri Pahang. Biasanya kalau hari biasa dimakan dengan nasi la. Kalau Hari Raya pulak makan dengan lemang sebagai pengganti rendang.

Ape tu aserom?
   Ok. Ni nak citer ni. Aserom ni asalnya dari buah perah. Pernah tengok buah perah? Orang lama mungkin tau la kot... Budak sekarang rasanya tak kenal dah. Buah ni ade kat kampung2 je. Selalunya dalam hutan. Tak silap, buah ni bermusim sebab tu susah nak dapat atau jumpa selalu.

Buah perah. Asal-usul sebelum jadi aserom. (Gambar Google)
aserhung
Aserom yang telah ditumbuk dan diperam.
Aserom ni lagi lama. lagi hitam warna dia. Dan lagi lama, lagi sedap rasanya.
Nak bezakan aserom baru dan lama, senang je. Aserom lama berkilat sebab minyak perah tu dah keluar. 
aserom
Nilah rupanya gulai aserom. Kecur liur pula bila bayangkan rasa gulai aserom ni. 
Makan nasi dengan aserom + ulam pun dah memadai untuk tambah berpinggan-pinggan. Tak caya cubalah rasa!


{ 5 komen... read them below or add one }

tenku butang said...

camne rasanya yea.. ada rasa rendang x? hu2.. 1st time dengar..n 1st time tengok.. =)

siti aida rashiqah ab jalil said...

uishhh... jauh nor tuh dengan rasa rendang. camne nak descripe eh rasa aserom nih? lebih kurang la rasanya macam gulai lemak kuning + kacang. tapi lebih best lagik! kena rasa sendiri baru tahu.

umi said...

Saya sebut asam rom....Memang sedap asam rom ni...balik kampung mesti tok wan masakkan asam rom ni....kalau nak describe rasa, macam rasa masak gulai yg sgt pekat dan sgt pedas....memang masak asam rom kene pedas...kalau saya suka gulai asam rom ayam + terung pipit...ratah macam tu je pun sodap...

Anonymous said...

Bagi saya org utara mmg sedap sangat mula2 datang raub tak berapa suka tp bila dah lama jadi lauk kegemaran tambah2 makan dgn ikan bakar cicah sambal kicap walaaaa...kalau tak selera makan cari gulai asamrong ni la...

Alias Dasuki said...


Masakan ini mungkin dikeali sebagai " ASEROM " di kampung-kampung lebih jauh dipendalaman daerah Raub. Seingat saya isltilah tersebut didapati meluas di Batu Talam, Batu Malim. Ulu Sungai, Gali, Dong Ulu Dong, Jeruas, Gesing, Sega, Atok, Benta, Budu, Chat, Tulang Padang, dan Cheka yang menjadi pekan lawatan tugasan saya dihujung tahun 1959 dulu. Dikampung saya, Pintu Padang dan Ulu Gali, ia dikenali sebagai " Gulai Asam ROM ", membayangkan masakan menggunakan " Asam Rom " sebagai asam perencahnya. " Asam Rom " pula berasal dari buah perah yang diperam dan gulai yang dihasilkan selalunya hanya direbus menggunakan air, dan kadang-kadang santan. Walau pun bahan yang digulai biasanya ikan paya atau sungai, masakan boleh dipadankan dengan sedap sekali dengan sayur, umbut keladi, umpamanya. Berbalik kpd buah perah, ia juga dimakan secara jerok dan peraman yang dihiasi dengan perencahnya. Manakala makanan-makanan ini masih boleh didapati dipekan-pekan sari dimusim-musim tertentu, saya masih mencari BUAH MENGKINANG yang telah lama tak dapat yang kesan. Sesiapa boleh tolong ?