Click Here!

Percutian di Golden Palm Tree, Sepang

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, May 14, 2013

    Hari Khamis lepas, dalam jam 2.35 petang barulah kami dapat bergerak ke Sepang. Hubby masih bekerja hari tu, sedang saya sudah cuti dari pagi. Tapi memandangkan banyak urusan yang perlu dibereskan sebelum pergi bercuti, makanya saya pun seolah-olah bercuti setengah hari jer.  Percutian kali ni memang seronok habis. Sebabnya penginapan kami ditaja sepenuhnya oleh Iconic Vacation Club (IVC). Ingat lagi tak entry Rezeki Terpijak? Haa.. Kali ni barulah dapat masa yang sesuai untuk menikmatinya. Cuti pun dah lulus, kerja di office pun dah beres. Jadi enjoy la kami berdua kat sini. Feeling2 honeymoon la jugak kat sini...
Baru lepas check in, duduk jap tunggu buggy car datang jemput ke bilik. Sambil duduk  menunggu  kat lobi tu teguk la  welcome drink. Air punch je pun.. Tapi bolehlah, buat basah tekak. Cuaca boleh tahan panas jugak masa ni.
Ruang depan lobi
Pandangan dari lobi
Laluan ke bilik-bilik. Kami dapat bilik Travellers Palm Villa. Bilik kat bawah tapi dekat dengan  Club House. Nak pi  swimming, jalan kaki je dari bilik.


Gambar2 atas buggy. Gegar lor.. 
Hah.. Dah sampai bilik. Ni ha nombor bilik kami. 115.
Masuk2 hubby cam biasa la, tuju tv dulu. Tapi dengar radio je sepanjang kat sini.
Channel Romantik Italy lagik... Kata nak feeling honeymoon...kan?

Saya pulak macam biasa, jadi mamarazzi jap. Snap sana, snap sini. 
Sofa panjang tempat melanyak sesampainya di bilik. 
Katil kembar... Masa check in katanya queen bed, tetiba majik  pulak tertukar.
Lantak la..  Malas nak pindah randah dah. Tolak je kasi rapat.


Ruang menonton
Cermin bilik air yang besar. Boleh belek seluruh jerawat kat muka.
Tak cukup jelas lagi, boleh teliti belek guna cermin  kecik tepi tu. 

Pandangan balkoni bilik.



Permandangan petang dari balkoni bilik.

Menikmati senja di Club House sekejap sebelum balik bilik untuk maghrib.
Masa nak solat tu tercari2 arah kiblat, mula2 nak call reception. Tapi rupanya jumpa arah kiblat dalam laci sebelah  katil. Terpikir jugak kalau la meja tu teralih/ dialihkan tak ke arah kiblat tu pun teralih sama? So, solution untuk itu adalah guna saja application pada smart phone. Mudah dan tanpa was2.


Permandangan malam dari pantai dan balkoni. 










Siap makan malam, kami lepak santai tepi kolam renang sambil nikmati live performance.
Duduk termenung laki bini kat situ sambil mengarang masa depan bersama. Sebelum balik ke bilik,  jalan2 dulu survey aktiviti untuk esok. Tapi haram... 

Pagi Jumat (10 Mei 2013)




       Pagi2 esoknya lepas subuh,  menyelinap masuk bawah selimut balik sambung tidur sampai jam 10 lebih. Bangun2, mandi dan breakfast dengan Lipton tea  hotel dan roti + tuna yang kitorang bawak semalam. Tah ke mana plan nak buat aktiviti ATV la, go-kart la atau  berbasikal keliling kampung yang dirancang semalam. Semua terkubur bersama mimpi pagi tu. Hahaha!

Free activities for Golden Palm Tree guest
Aktiviti free boleh rujuk di pamplet ini
                     
      Lepas check out, ingat nak gi tinjau2 cafe kat tepi IVC tu. Pastu pikir2 balik malas pulak dengan beg2 tu. Shutter van pun dah sedia menunggu kat depan lobi. So, voucher F&B rm50 tu kitorang kasi kat budak melayu yang bawa shutter van tu jer la. Boleh la dia buat makan tengahari.  

      Sekian saja la kenangan cuti kami kat Golden Palm Tree Iconic & Spa Resort, Sepang... Tak banyak aktiviti sangat yang kami buat di sana walaupun semua facilities adalah PERCUMA je untuk guest. Semua gara2 nikmat tidur yang lebih syok. Kepada yang berminat nak datang release tension memang sesuai la tempat ni. Boleh tenang2 lepak sambil layan permandangan laut. Tapi rasanya weekdays je kut tenang cam ni. 

* Boleh rujuk aktiviti percuma dan resort map GPT di sini. Map ni saya dapat dari pamplet yang diberikan di front desk.

Golden Palm Tree Mapresort map



{ 3 komen... read them below or add one }

Unknown said...

Beautiful pictures! Best kan kat sini? Experience your own getaway at the Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa at a discounted rate of more than 50% – only RM 350 nett!! Visit http://goldenpalmtreediscounts.blogspot.com/ and drop me a comment! Thank you!

abu888 said...

tumpang lalu….post yg sgt menarik..as member golden palm tree sy bleh dptkn best rate RM 350 for 2D1N and RM650 for 3D2N..Email abuburn888@gmail.com (0122208140)

@kutopsecret said...

salam kenal...

sedang google pasal Golden palme tree kuat entry awk. saje nak buat survey sbb November ni hubby nak bawak ke sana anniversary ke 4