Click Here!

Ramainya Orang di Pesta Buku Antarabangsa 2013

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, May 2, 2013


Pesta buku di PWTC semalam ramainyalah orang... Sesak betul. Tapi dek nak membeli buku Libur yang dah ter'miss' episod tu, gigihkan jugak la.

    Mula2 masuk terpa booth Mastika dulu. Hubby memang minat baca Mastika. Ada diskaun 50% untuk keluaran lama dan 20% untuk keluaran terbaru. 






        Siap beli di booth Mastika, terjah pulak Karangkraf. Nak beli Libur yang dah terlepas keluaran. Ok la.. Harga ada diskaun sikit, tapi tak banyak keluaran lepas yang ada. Lepas  membayar tu sempat tengok demo pemakaian shawl jap. Tak tunggu lama pun.. Sebabnya dengan orang ramai yang berpusu2 kat situ, lagi pulak demo tu tak nampak sangat sebab bukan dok atas pentas pon. Selevel je dengan penonton, dah tu modelnya duduk atas kerusi. Lagilah orang kat belakang ni tak nampak. Dengar je suara tukang demo bercakap menerangkan cara pemakaian shawl tu. Haih! Buat letih tertinjau2 je. Haram nak nampak. Ada tak ada, masa mula2 je dapatlah snap sekeping ni ha. Patutnya pihak karangkraf sedia maklumlah, sediakanlah pentas atau prop tinggi sikit supaya semua orang boleh nampak apa aktiviti yang ada.




Siap semua, kami cepat2 keluar dari situ. Memang tak berjalan ke mana2 booth yang lain dah sebab hubby rimas dengan kesesakan orang kat  dalam dewan tu. Macam2 kerenah dan keletah yang ada. So, terus hantar buku2 ke kereta dan kami menapak berjalan kaki ke Chow Kit. Hajatnya nak ke Low Yat menaiki monorail di Chow Kit.


{ 0 komen... read them below or add one }