Click Here!

Ladang Strawberi Opah

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, May 29, 2013


    Orang kata tak sah kalau ke Cameron Highland tak pergi ke ladang strawberi. Ok, mungkin la kut... Sebab kat tanah tinggi jer boleh jumpa ladang strawberi ni. So, berbekalkan kata2 orang tu kami terjah jugak la salah satu ladang strawberi milik Opah. Bukan opah saya yang punya, pun bukan la sebesar ladang sangat pun tempatnya. 



       Tujuan asal datang ke sini nak memetik buah strawberi, malangnya semua buah yang masak ranum telah pun dipetik oleh tuan tanah. Maka terkebil-kebil la kami kat situ sambil melihat pekerja bangla membungkus strawberi yang dipetik ke dalam bekas plastik untuk dijual. Harga adalah mengikut timbangan dan tak tanya la pulak berapa. Kalau korang nak tahu, hah kat gambar pertama tu ade nombor telefonnya. Bolehla korang dail sendiri dan tanya pada si empunya ladang ye? 

Ramaikan pelanggan opah? Tak silap family ni datang dari Kelantan.
          Selepas agak kecewa tak dapat memetik buah strawberi, opah memujuk kami berdua merasa dadih strawberi dan juga macaroni bakar yang dibuat sendiri olehnya sambil duduk2 santai di meja yang disediakan. Bukan rasa free eh... Kena bayar dulu sebelum makan. 


Pokok2 anggur sengaja ditanam sebagai hiasan dan juga peneduh dari terik matahari. Bila duduk di sini, teringat pulak kenangan makan2 di Arco yang juga ada pokok anggur di siling cafenya.
Dadih dengan topping strawberi, cuma RM2 satu.
Macaroni bakar yang berharga RM5.
Para juri sedang merasa dadih dan macaroni air tangan opah. Hasilnya....
Sedap!! Ok, dadih adalah lulus. Bagaimanapun macaroni hanya sesuai untuk orang  berpenyakit darah tinggi saja.
Rasanya ada sikit kurang masin cuma campuran rempahnya yang buat macaroni ni tetap umphh!!
    Sebelum balik, haruslah petik dua tiga gambar pokok strawberi buat pengubat rindu. Dan aktiviti akhir ialah cuci mata dengan barangan hasil strawberi seperti jem dan sirap atau kordial strawberi.  








Yeah!! Dah tamat pun lawatan kita ke ladang strawberi opah. Nak ke mana pulak minggu depan eh?




{ 0 komen... read them below or add one }