Click Here!

Mee Gulung Port Dickson

Ditulis oleh Aida Awie on Wednesday, May 15, 2013

Mee Gulung
   First time rasa mee gulung ni sebenarnya. Jumpa menu istimewa ni kat medan selera Uda Ocean Mall, Port Dickson. Kalau tak silap kat kedai makan ala Thai, Seri Farah. Kedai makan ni agak terkebelakang sikit. Asalnya nak makan kat area Teluk Kemang, tapi jalan agak jemm masa tu. So patah balik ke belakang dan masuk area kedai2 arah ke Waterfront. 

   Mee gulung ni bagi saya satu menu baru la walaupun rasa dia biasa-biasa jer. Mee tu mee kuning jer dan digoreng dengan kicap, mungkin ada bawang putih dan cili sikit. Mee yang dah digoreng tu kemudiannya digulung dalam telur dadar. Dah gulung comel2 mee tu, pas tu tuang dengan kuah. Kuah tu rasa dia macam masam manis dengan sos tomato. Dalam kuah tu ada sayur, seafood dan ayam ala2 macam kuah lakna. So, boleh bayangkan tak rasa dia? 

Rasanya pastilah.... Sedapppp !!
Boleh cuba buat sendiri sapa2 yang rasa diri dia teror macam masterchef. Atau pergi je order kat Medan Selera Uda Ocean, Port Dickson.

  

{ 0 komen... read them below or add one }