Click Here!

Pandangan Ikhlas buat Pengarah Muda Filem O Mak Kau (O.M.K)

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, May 20, 2013



Baru je gi menonton filem ni kat One Utama malam Sabtu lepas. Meh nak citer sket review tentang filem ni. Dah lama tak tengok wayang, jadi bila hubby ajak tengok terus setuju jer la. Kami pun tak tau ape citer terbaru kat pawagam, memang main redah je. So, beratur pun tak la panjang mana pun. Tak sampai 5 minit beratur, tak sempat nak tengok trailer pun. Sampai kat kaunter main pilih jer citer ni. Kira naseb la kalau tak best. Lagipun tak salah menyokong filem Malaysia,kan? Ni asyik2 tengok filem luar jer. Bila industri filem kita nak naik kalau kita sendiri tak bagi support.

Bila dah tengok kira ok la. Citer ni tak la mengecewakan sangat pada awalnya. Lawak dari Jep dan Shuib memang lawak habis. Tak henti2 gelak sampai sakit perut kami nak menahannya. Yang lain2 tu cam sokong sket2 jer. Kami tengok citer ni pun pasal ade Sepah2 jer.

Filem ni selain dari gelak2, ade gak la babak sedih terutamanya scene Wan Maimunah dengan Jepp dan Shuib tu. Ade aksi gangster lawan2 yang bagi kami macam mengarut sket. Hujung2 citer kurang kesinambungan dengan babak awal. Watak Jepp & Shuib dah mula tenggelam sikit bila watak heroin masuk. Dah macam si heroin ni pulak yang jadi watak utama cerita ni. Selain tu heroin berlakon cam control cun plak. Adeh...

Apa2 pun, filem ni perlu diperbaiki lagi dari pelbagai segi. Menjadi pengarah muda memang idaman semua, tapi sebelum jadi pengarah perlu belajar lebih lagi supaya dapat hasilkan filem yang benar2 bermutu. Tu ler pandangan ikhlas dari kami. Semoga filem kita terus maju di masa hadapan.



{ 0 komen... read them below or add one }