Click Here!

Parit Fall. Sesuai sangat la dengan namanya...

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, May 31, 2013

     Masa di Cameron hari tu, on the way nak turun lepas jalan2 kat ladang strawberi tu, kitorang boleh terjumpa tempat ni. Kat pintu masuk ade signboard lusuh tulis Parit Fall. Ni kali pertama sebenarnya kami jumpa tempat ni, dah banyak kali naik turun Cameron tapi ni la baru terjumpanya... 

    Memula takut gak nak masuk, tengok macam tempat tinggal jer... Tapi hubby cakap, kita kasi redah! Baru ler adventure. So, dah stereng kat tangan dia. Ikutkan je la... 

Pintu masuk ke kawasan Parit Fall..
Papan tanda segala peraturan yang wajib dipatuhi..
Tapak parking.. Naseb baik la ade gak kereta lain... Kalo tak, harus ajak hubby patah balik. 


Permandangan anak sungai dari atas jambatan gantung. Mengalir pun macam lesu je..
Hubby semangat bawak towel kunun2 nak buat terjun tiruk.  
Dari jauh lanskap menarik.
Sekali tengok, kolam mandi airnya kaler teh susu...
Pakej sekali dengan sampah sarap ni. Sayang betul.. Terbantut hasrat nak terjun tiruk tadi.  Sudahnya ...
Jungle walk jer.. 

Dan pose2 tepi pokok gaya retis. Hiks!
Segarnya tumbuhan di sini. Tapi sayang sungai tak terjaga. Pihak majlis daerah patut pantau kawasan ni supaya kembali cantik dan bersih. Kalau diteruskan terbiar, tak mustahil nama Parit Fall akan kekal menjadi PARIT! 










{ 0 komen... read them below or add one }