Click Here!

Opss!! Bilik fully booked! Nasib ada Alza...

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, May 28, 2013

Salam semua. 
Semoga semua pembaca mendapat rahmat. 

    Hari ni nak kongsi pengalaman tentang perjalanan kami ke Cameron Highland baru2 ni. Kalau kita nak berjalan ke mana2, pasti penginapan yang kita akan tempah dulu,kan? Bagaimana pulak kalau perjalanan tanpa perancangan dan kesemua bilik dah fully booked? Atau bilik yang tinggal cuma bilik yang harganya di luar kemampuan kita? So, tak kan nak patah balik ke rumah atau ambil langkah duduk diam2 jer kat rumah sepanjang cuti,kan? Tak syok la dan pastilah muncung partner korang panjang sedepa, boleh buat sangkut hanger baju lagik. 

Semua barang dah siap packing. Tunggu driver je nak bergerak.
   Ok, kami kongsikan sikit pengalaman kami di sini. Kami ni memang jenis suka berjalan. Orang kata kaki jalan. Tak kira lah cuti panjang atau pendek, mesti nak ke sana ke sini bagi menghilangkan tension. Ini cara kami menangani stress kerja. 

   Kami ni memang berdua je, tak de anak lagi. Orang kata sentiasa honeymoon. Tapi kami redha... Dah belum masa terima rezeki tu. Allah jualah yang maha mengetahuinya. Jadinya, memang ni je la caranya kami habiskan masa bersama. Ok, cukup la kut mukadimah tu. Yang nak dikongsikan kat sini adalah bagaimana kami mendapat solusi untuk masalah penginapan yang fully booked, macam yang terjadi kat kami di Cameron Highland baru2 ni.

   Memang dah jangka cuti sekolah macam ni orang ramai akan berpusu-pusu ke sana dan pastilah bilik2 hotel akan fully booked. So memandangkan plan ke sana dibuat mengejut (adhoc la konon2nye...), saya standby segala toto dan selimut bantal dalam kereta. Haa.. Tu perlunya kereta juga mpv macam Alza bagi kami yang kaki jalan ni. 

   Ruang dalamannya yang luas dan seats yang boleh diturunkan menjadi flat adalah salah satu ciri kenapa kami beli kereta ni dulu. So, dengan kelebihan ini dapatlah kami jadikan ruang belakang sebagai katil kami di sana nanti. Tak percaya? Boleh tengok gambar2 di bawah bagaimana kami transform seats jadi katil bergerak.  

Pandangan dari luar hadapan kereta.
Kesemua seats dah dibaringkan. Luas tak?
Pandangan dari luar bahagian belakang (Close up).
Pandangan dari cermin sisi kereta. Beg2 yang tadi di bahagian seat belakang telah dipindahkan  ke seat paling hadapan supaya badan dapat baring dengan posisi lurus dan kaki dapat berlunjur  dengan sempurna. Ini penting supaya perjalanan darah lancar dan tiada rasa ketidakselesaan. 
Hubby sempat layan fb lagi dengan maxis broadband sebelum tidur.
Nampak tak betapa selesanya tidur dalam Alza ni? Apa yang penting, tahap keselamatan di lokasi  juga perlu dititik beratkan juga. Berhentilah di kawasan yang dikhaskan untuk pemandu beristirehat atau senang cerita port caravan yang tidak sunyi juga tidak terlalu sibuk. 

P/S: Di Cameron Highland ni, tempat yang sesuai adalah di stesen Petronas Brinchang. Port ni memang menjadi pilihan pemandu2 bas, mpv dan juga kereta berhenti tidur memandangkan tandas di sini sentiasa tersedia untuk kegunaan orang ramai. Kemudahan lain seperti masjid juga terletak berdekatan di kawasan stesen ini. Bagaimanapun, kami tidak katakan kaedah ini sesuai dipraktikkan dengan semua orang lebih-lebih lagi yang mempunyai anak yang ramai. Mungkin kaedah ini cuma selesa bagi kami. Apa yang penting, sharing is caring!

{ 5 komen... read them below or add one }

Suria Lekatlekitgurl said...

kalau takde anak ok la.. bagi yg ada anak walau sorang yg kecik tu kdg2 jadi masalah. kalau macam anak saya janji dia boleh golek2 tidur.. ok je kat memana pun. selalu dia tidur dlm keta time balik kg jer..

Anonymous said...

yup...betul tu. xsemua sesuai dgn cara ini.. apa pun tq sudi share. sy & suami pun kaki jalan juga.

tenku butang said...

hai.. salam kenal..

108

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Anonymous said...

tahniah.
anda mungkin blogger pertama di Malaysia bukak post pasal ni.

Anonymous said...

sya stuju mmg ia memuaskan hati terutama bab kerusi dia yang boleh flat semua 100%!