Click Here!

Muzium Alam Semula Jadi, Putrajaya

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, May 9, 2013

Korang pernah sampai kat sini tak? 
Pernah tak teringin nak masuk tengok2 apa ada kat dalam muzium ni? 

    Kami sampai kat sini masa pusing2 Putrajaya lepas mengundi hari tu. Tak tahu nak tuju ke mana, pusing2 sampailah jumpa muzium ni. Masuk jap jenguk apa ada kat dalam. Nak masuk sini kena bayar RM2 sorang. 
Muzium ni tak luas mana, ada 2 tingkat je. Dalam setengah jam dah boleh habis pusing seluruh muzium. Tapi kalau berenti baca setiap artikel, mau makan sejam jugak la kot.



   Ada pameran mamalia, katak & kodok masa kami sampai hari tu. So tengok pun tak ramai orang, kami je dengan 2 orang cleaner Indon kat situ. Orang yang jaga kaunter pon tak nampak batang hidung, agaknya masih beratur nak mengundi la kut. Kami terus masuk je la memandangkan dah sampai kat sana. So, jom la tengok apa yang ada kat dalam muzium ni. 

Tingkat bawah...

Rangka paus tak silap. Lupa pulak nak baca masa ni. Tapi ni rangka sebenar tau, bukan  tiruan punya.
Haa.. Ni rangka keseluruhannya. Besar kan?
Gajah..

Badak sumbu...
Perkampungan Rimau..
Kambing gurun? Eh, ade eh kambing gurun kat Malaysia? Ke... ni pameran mamalia seluruh dunia? Lupa nak baca.
Ha, Rusa. Yang ni memang ade kat Malaysia. Boleh tengok kat Taman Tasik Perdana atau Sg Lembing, Kuantan.



Kelawar... Batman!


Binatang comel ni pun ade.. Kadang2 jumpa atas pokok tepi rumah aku..
Silalah baca sendiri. Ni nama2 si tupai kat atas tu ikut nombor.

Lukisan  alam semula jadi kat dinding muzium. 

Ok, jom menapak naik tingkat atas pulak....
Kita kenali katak dan kodok..



Cuba teka di mana saya?
Yang ni pulak jenis suka berendam je... Siap ade bath tub kat rumah dia.



Katak Tasik Biru Kundang ... Eh! Katak Beracun Biru. 






Hahaha.. Lapo ye bang?
Nah sepinggan. Nampak sedap je otot kaki katak tu.. kan?

Ha.. Datang sini baru tau beza katak dan kodok. Kan? Jangan ingat kodok tu cekodok  pulak. 




 Spesimen katak dan kodok yang diawet untuk tujuan penyelidikan.











Akhir sekali.... Hah ambik ni. 
Biasa tengok ular makan katak,kan? Kali ni kita  tengok pulak katak makan ular..


{ 3 komen... read them below or add one }

NM02 said...

bagus utk pengetahuan anak2.. tapi bab yg dh kena awet tu sumpah i is gelisssssssss

Al Faizal said...

Menarik....

Al Faizal said...
This comment has been removed by the author.