Click Here!

Resepi Gulai Lemak Cili Api Ulam Raja

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, August 1, 2013

Buln puasa ni selalu kecur liur kalau tengok masakan kampung. Nak2 pulak kalau gulai lemak cili api. Tak kira la isinya ayam, daging atau pucuk2 ulam semata. Dengan membayangkan kepedasan cili dan lemak2 santan kelapa tu je dah buat kecur air liur. So balik rumah masak menu ni. Gulai lemak cili api ulam raja. Tak buh apa lauk pun dalam gulai ni sebabnya dah ada daging masak black pepper. Elok la tu, cili api dan black pepper berlawan dalam perut nanti. Hehe...

Jadi kita mulakan....                                    

10 biji cili api buang tangkai  
1 biji bawang merah sederhana besar 
 2 cm kunyit hidup  
(Ditumbuk hampir lumat bersama sedikit garam)          
 1/2 kotak santan cair
2 cekak ulam raja yang baru dipetik  (Nak lebih pun ok jer)




Caranya ~


Senang jer...
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Sentiasa tembok supaya santan tak pecah. Boleh tambah ikan kalau suka. Tapi kalau nak letak ikan, kena tambah asam keping dan ulam raja masukkan di akhir bila santan menggelegak dan isi ikan masak. Then.. tada! Sudah siap dan Labu kecewa menunggu sebab tiada ikan dalam gulai kali ni. Labu kena belajar makan ulam raja la cam ni, kan?


    
Published with Blogger-droid v2.0.10



{ 1 komen... read them below or add one }

Suraini Puteri Salbiah said...

Memang feberet ulam raja, tapi tak pernah lagi masak macam ni, insyaAllah nanti boleh try, mesti sedap ni..terima kasih atas perkongsian