Click Here!

Florenta Cookies @Crunchy Bites

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, July 5, 2015

Assalamualaikum w.b.t

      Lama sangat dah tak menulis apa2 di blog ni. Bersawang-sawang dah. Letihlah nak mengemas balik nak raya ni...πŸ˜† Ada kisah sebenarnya mengapa saya lama tak menulis.

      Oh! Sebut pasal raya, kali ni nk share pasal biskut raya. Tahun ni buat lagi Crunchy Bites. Tapi kali ni tukar jenis tepung. Hari tu pakai tepung Bee Sting, kali ni pakai tepung Florenta. Ada beza banyak sangat dengan dua jenis tepung ni. Lihat entry lama saya tentang cookies ni; Crunchy Bites. Tahun lepas saya gunakan tepung Bee Sting untuk buat cookies ni. Tapi tahun ni saya pakai tepung Florenta. Beza kedua-dua tepung ni adalah tahap kemanisannya. Tepung Bee Sting sangat manis, tapi tepung Florenta sedang2 je manisnya. So kalau letak lebih pun masih boleh dimakan.

Crunchy Bites yang gunakan tepung florenta

      Tahun ni memang buat cookies ni je. Sebab senang dan tak banyak kerja. Cumanya saya tukar2kan bahan2 dalam tu je. 500gm tepung florenta tu harganya rm17.90 sahaja. Dapat banyak sangat cookies. Puaslah kalau nak makan sendiri. Nak resepi?? Skrol kat bawah ye... Cubalah! πŸ˜‰πŸ˜„πŸ˜

Cookies ni campuran lebihan kekacang dengan cornflakes. Lebih rangup dan sedap rasanya.

Resepi:
500gm tepung Florenta
250gm cornflakes
250gm badam hiris (dipanggang sekejap sehingga kekuningan)
100gm cranberries kering
250gm kacang pistacio (dipanggang sekejap sehingga kekuningan)
250gm kuaci matahari (dipanggang sekejap sehingga kekuningan)  50gm bijan hitam

Cara2:
Gaul rata kesemua bahan dengan tepung Florenta. Isikan dalam cup atau boleh juga ratakan dalam dulang yg dilapisi kertas kek.



{ 4 komen... read them below or add one }

OMyDroid said...

nampak sedap dan menyelerakan..salam perkenalan.. :D

Aida Ab Jalil said...

Salam perkenalan omydroid.. ☺

Shereen said...

Salam Kak nak tanya, saya nak join kelas buat kasut/sandal macam mana ye...email saya rinn206@yahoo.com or hp no 0126709593 say a shereen Tq kak

Aidilfitri Awaludin said...

Tq untuk resepi....nampak sedap!

Leasehold vs Freehold