Click Here!

Minggu yang paling sibuk

Ditulis oleh Aida Awie on Monday, November 15, 2010

   Sabtu kelmarin pergi Port Klang untuk Mtest KPLI. Dari rumah bertolak pukul 7.00 pagi sampai Port Klang dalam pukul 8.00 pagi. Sebenarnya dah sampai pukul 7.45pagi, tapi cari kedai makan dulu isi perut. Sempat snap sekeping permandangan langit waktu pagi sebab suami yang drive...Kalau saya yang drive, alamat kereta ke mana, gambar ke mana..Hahahaha..
Cantikkan langit waktu pagi.. Segar je ditiup sang bayu saat cermin kereta dibuka untuk snap gambar ni.
   Lepas habis Mtest, kami jalan-jalan bandar Klang. Maklumlah alang-alang dah sampai la katakan..Masuk kedai keluar kedai. Masuk Kamdar, keluar bawa kain langsir..Hooray!! Suami saya belikan langsir baru untuk rumah kami. Thanks abang...

   Lepas round Klang, kami gerak pula ke Shah Alam. Tengok-tengok barang untuk rumah di Alam Sentral. Kat sana dapat pulak candle box. Sebenarnya candle box tu kami cadang nak jadikan peti surat rumah kami.Okay tu kami akan kongsi di entry akan datang..buat masa ni, gambar langsir dan candle box tu kami sorok dulu..

Ahad (14 Nov 2010)-Semalam le tu..

   Bangun pagi-pagi, terus tengok anak benih bunga kobis dan lobak merah. Yahoo..anak bunga kobis dah pun menampakkan dirinya..comel sangat..tapi masih kecil sangat nak di pindah ke polibeg besar. Saya semai pada 11/11/2010. Tiga hari je dah bercambah.. Jenguk pula anak cili, bendi dan kobis.. Cili nampak juga sikit, tapi tak segalak bunga kobis. Cuma bendi dan kobis je yang tak nampak-nampak lagi kelibatnye.. Hish, ape pulak masalahnya nih? Lalu polibeg tu saya alihkan ke bawah pokok. Mungkin dia nak duduk tempat teduh yang bercahaya kut...Kita tengok balik dalam seminggu nanti apa jadi pada mereka.

  Lepas tengok anak semaian, saya pun capai cangkul... Apalagi, mulakan mencangkul!!Saya nak buat batas baru untuk taburkan benih labu kuning. Emm..sedap betul makan sayur lemak labu hari tu. Tengokkan isinya memang cantik. Maka biji-bijinya saya simpan dan keringkan sebagai benih. So, semalam dah tabur di batas baru. Harap-harap hidup la kau labu...

  Sarapan pagi pukul 10.30pagi lepas memerah keringat di belakang rumah. Cewah...ayat tak boleh tahan tuh. Macamlah menyangkul seekar tanah padahal sekangkang kera pon tak sampai..Dalam pukul 12.30 tghari, kami gerak ke rumah lama untuk mengemas apa yang patut. On the way ke sana singgah sekejap di rumah En. Hisyam, pengusaha pokok mulberi di Sri Kundang. Cari punya cari akhirnya jumpa juga rumahnya. Wah! besar sungguh pokok dia..Tapi saya tak dapat ambil gambar sebab bateri phone habis. Huhu.. Banyak soalan yang kami tanya pasal pokok mulberi pada dia. Dia pun tak kedekut ilmu. Macam-macam tips diberi... Akhirnya kami beli lagi 2 pokok anak mulberi buat tambahan koleksi.. Selesai urusan mulberi, kami gerak ke rumah lama. Kali ni, perjalanan diteruskan tanpa singgah mana-mana sebab faktor masa yang begitu cemburu kepada kami. Sekejap je dah petang.. Tak puas langsung merasa hujung minggu.

   Kami pulang dari rumah lama dengan kereta yang sarat. Sarat dengan barang-barang dari rumah lama dan anak pokok mulberi. Sebelum sampai rumah, singgah lagi di Econsave untuk beli barang dapur, suami saya mengidam mengalahkan orang mengandung...teringin nak makan soto pulak. So, kami beli bahan buat soto dan terus balik. Sampai je rumah, terus tangkap cangkul dan gali lubang sebelah tepi balkoni. Saya tanamkan pokok mulberi pertama yang saya beli di pasar mega S.Alam minggu lepas dengan harapan pokok saya akan subur seperti pokok di rumah En. Hisyam tadi. Selesai menanam, saya siram semua pokok-pokok yang lain lepas tu barulah masuk rumah, renehkan sup dan masak nasi impit untuk buat soto...

   Opsss..Tak habis lagi.. Malam tu kami ada tetamu. Elok sangatlah tu, kebetulan dah masak soto, maka kuantiti bahannya saya tambahkan je lagi. Malam tu Kak Ngah sampai satu keluarga bersama anak saudaranya, Niha. Wah..memang seronok la makan sambil borak... Lepas diorang balik, sambung tonton movie lagi and tak sedar jam berapa tertidur. Sedar-sedar, jam 1 baru naik tidur di bilik... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........

 

{ 0 komen... read them below or add one }