Click Here!

Kebun oh kebun…

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, November 19, 2010

   Lama tak jenguk kebun saya. Apa dah jadi ye pada tanaman-tanaman saya tu…Ditinggalkan pun sebenarnya bukannya lama sangat…sehari jer. Tu pun pasal saya balik beraya ke Jengka. Alang-alang dah balik kampung apa lagi…misi mengutip segala benih pun bermulalah. Banyak juga yang kami angkut, pandan, kunyit, serai, ubi, kacang botor,kemangi….hish, banyaklah kalau nak disenaraikan kat sini. Mak mertua saya pun tolong juga dengan mintakan anak pokok pagar dari jiran dia. Time kasih ye mi…Time kasih juga kat Mak Long Ani sebab bagi banyak anak pokok pagar. Selain tu anak pokok durian belanda dan serai wangi pun dia bagi sekali.Seronok saya dapat banyak pokok..Rezeki..Alhamdulillah..Kalau di nursery, saya tanya harga anak pokok serai wangi RM30 sepolibeg. Tu pun kecil je. Haa..yang mak long bagi ni seperdu ada…


    Ok, pagi tadi dalam 6.30 pagi..saya buka pintu belakang untuk jenguk kebun saya. Seronoknyeee…labu saya dah mula hidup.
Ni benih labu kuning saya dah mula bercambah...

sebelahnya saya tanam ubi kayu yang ambil dari rumah mak mertua saya. Suami saya suka makan ubi kayu rebus cicah gula+kelapa..best!


Ha..yang ni pulak tanaman lain yang saya ambil dari kampung jugak. Petang semalam nak tanam dah dekat sangat dengan maghrib, so tanam pagi tadi je lah..


Ok, kite jalan ke tepi rumah pulak. Pantau sikit pokok mulberi yang dialih ke tanah Ahad lepas. Wah..da mula keluar pucuk dan tunas baru. Tengok tu..Nampak tak? Tak lama lagi, keluar putik dan buah die..Kene tunggu sikit masa lagi ye..Agak-agak dalam sebulan lagi kut..


Mulberi dah mula bertunas lagi…

Yeehaaa....tunas dah keluar dah..Sat lagi kita leh nampak buah dia pulak ye..
    Jalan ke depan lagi sampai tepi pagar depan. Haa, ada sepokok cermai belanda yang saya beli di nursery Sg Buloh. Tengok tu…galak betul dia berbunga.


Comel je bunga dia, kaler pink gitu...

Haa…seronok lagi pasal buah cermai dah keluar dah. Tapi tak boleh makan lagi. Masa ni rasanya kelat-kelat masam lagi. Kata orang kat nursery tulah… Tunggu buahnya berwarna merah gelap macam ceri tu. Ha, masa tu kite petik dan ngap..barulah tahu rasanya macam manakan? Hehehe…Tak sabar nak rasa..Manis ke..masam ke buah ni? Sapa-sapa ada info boleh bagitau saya ye..


Tu...dia buah dia dah keluar..Nampak tak?
  Ok, tu jelah lawatan sambil belajar saya kali ni. Nanti ada perkembangan lain, saya upload lagi ye.






{ 0 komen... read them below or add one }