Click Here!

My Fav... Oh, heaven!!

Ditulis oleh Aida Awie on Monday, March 26, 2012

   Bila cerita pasal makanan fav memang best sangat sampai meleleh air liur. Baru2 ni keluar jalan2 dengan hubby, memang best sangat sebab jumpa 2 makanan fav aku ni. Gambar pertama tu sengkuang sos kacang. Masa jumpa tu rasa macam nak borong semua sampai hubby tanya kenapa jumpa sengkuang terus nak borong macam orang tak makan setahun. So aku bukak la cerita zaman sekolah rendah dulu2. Masa tu sengkuang ni 50sen jer regenye. Balik sekolah panas2 tu mesti beli sengkuang ni. Tiap2 hari tanpa jemu. Alkisahnya sampai mak cik yang jual tu dah kenal aku. Tak yah tanya lagi dah, terus je ambil sengkuang boh sos rata2 dan tabur kacang tumbuk. Kat aku selalunya kacang mesti lebih pasal aku regular customer dia... Haha.. Best betul masa tu. Kawan2 semua jeles kacang aku lebih.

   Haa..Gambar kedua tu pun fav aku jugak. Udang. Memang kalau mengadap udang ni, aku tak toleh kiri kanan dah. Bak kata orang, mak mertua lalu pun aku buat tak nampak je dek penangan udang. Memang fav paling atas. Paling best hubby pun faham. Kalau ada makanan berasaskan udang,mesti udang2 dia melompat masuk pinggan aku, pasal dia ni tak gemar sangat dengan udang.

   Berbalik cerita pasal gambar kedua tu ada cerita dia. Masa jalan pasar malam Jln TAR jumpa la mak cik jual bbq. Macam2 ada... Ayam, lembu, kambing, udang, sosej... Aku nampak je udang terus tanya berape rege. Mak cik tu jawab RM3 sajer... Oh my! Heaven giler rase nak beli banyak2 tengokan saiz udang yang besar gitu 3 ekor plak tu cuma 3hengget.. Tapi hubby kata try dulu, kalo best kta pusing balik beli. Aku ok jer dan sambar 1 cucuk udang, hubby 1 cucuk daging lembu. Cari port nak duduk dan start ler makan bbq tu. Sekali... puihh!! Rupenye udang tepung, bukannya udang betul. Patut ler murah bebenor. Isi pulak gebu giler tak kecut pun lepas kena panggang. Tipah tertipu la pulak... Hubby kat sebelah sengeh2 je sambil makan lembu dia. Rupanya dia dah tau awal lagi, saja nak pekena kat aku. Jahat tul la... Last2 aku bantai lembu dia pulak. Baru best dapat balas dendam. Hehehe... Tu antara cerita makanan fav aku la, korang plak ape citer?


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }