Click Here!

Peria Katak

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, March 29, 2012


Sorry ler gambar blur pulak..

Anak peria katak mula tumbuh. Harap dapat bertahan dari serangan unggas dan siput.





















   Benih peria katak saya dapat dari Mak Cik Yah belakang rumah saya. Selalu kami tukar2 benih kalau ada benih baru. Kebetulan mak cik menuai hasil tanamannya, dia bagi pada saya 3biji peria katak, cili api dan limau kasturi. Jadi peria tu saya masak 2 biji dan 1 biji lagi saya biarkan sehingga pecah sendiri untuk ambil bijinya. Bijinya saya keringkan secara air dry untuk dijadikan benih.

   Senang jer cara saya semai benihnya. Gemburkan tanah,campur dengan baja organik-tinja ayam, buatkan sedikit batas, dan cucuk jer benih anggaran 1.5cm dari permukaan batas. Tandakan kawasan dengan kayu atau apa2 saja. Tujuan menanda kawasan adalah untuk kesenangan kita mengenalpasti anak pokok yang ditanam dengan anak rumpai liar. Tak lah nanti tercabut anak pokok pula semasa merumpai.Siram dengan air. Tunggulah dalam 2 minggu... Tengok, anak peria saya dah pun mengeluarkan set pertama daunnya!

Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }