Siapa yang tak kenal sayur kangkung. Semua orang kenal kangkung. Saya suka sangat dengan sayur ni, nak pula bila digoreng bersama belacan.
Kangkung sangat mudah ditanam. Saya cuma cucukan pangkal kangkung ke tanah dan pastikan setiap hari kita siram dengan air. Pucuk kangkung akan mula tumbuh selepas beberapa minggu. Meh tengok pokok kangkong saya yang tinggal beberapa batang selepas mempunyai sleeping partner seekor siput b**i. Jika diperhatikan, saya telah meletakkan pecahan kulit telur di keliling kawasan kangkong agar tiada lagi kerosakan yang terjadi. Namun begitu nampaknya idea tersebut kurang berhasil. Mungkin saya akan mengambil langkah memasang pagar elektrik pula bagi melindungi hasil tanaman ini.
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment