Tengok pokok kuchai yang kurus macam tak cukup zat buat aku rasa bersalah pulak. Yalahkan, macam merajuk pulak kuchai2 tu dengan aku pasal asyik la aku membelek anak2 sawi dengan pokok terung je. Tak peduli langsung aku kt dia yang terliuk lentuk menggoda dengan bunga2 putihnya. Ala ciannye dia... Lantas sambil2 mengemas laman, aku usahakan juga memindahkan pokok2 kuchaiku itu ke dalam bekas baru. Terpaksalah aku korbankan lagi botol air saiz 5 liter buat menakung air dari vendine mesin yang memang banyak kat rumah aku nanti dengan harapan suami aku tak la terperasankan kekurangan botol2 itu.
Botol kutebuk dan isikan dengan tanah baja yang telah aku peram bersama lebihan nasi. Sesekali kelibat ulat2 nasi yang menyapa membuatkan aku geli geleman. Tapi tak lah aku tunjukkan sangat supaya ulat2 tu tak berkecil hati dan tak mahu bekerjasama menyuburkan tanah itu. Selesai menyediakan tapak, pokok2 kuchai tu aku pindahkan sambil membaca selawat dan menyebut-nyebut Ya Hayyum Ya Qayyum dengan harapan pokok2 kuchai ku itu terus hidup dan membiak.
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment