Click Here!

In Auto Bistro

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, December 27, 2010

   Petang Jumaat lepas, balik dari opis jenguk-jenguk kebun belakang jap. Pokok-pokok tu kena belai jugak. Kasi gemok balik cam dulu. Lepas tu siram rumput kat depan pulak. Tiba-tiba kepala rasa pening pulak.. Suami suruh saya baring kat dalam, tapi saya rasa kalau bawa baring lagi pening nanti.So, terus ajak suami pergi jalan-jalan round area kami tu, ambil angin. Yelah, sebelum ade aura negatif baik gi release jap, kan?

   Round punya round punya round, akhirnya perut rasa lapar la pulak. Oh, mungkin jugak perut saya lapar so masuk angin so tu yang buat saya rasa pening meloya tu tadi kot.. Jadi kitorang terus tuju kat satu kedai tepi jalan nak ke Meru ni. Kalau nak ke Meru selalu nampak kedai ni tapi tak pernah singgah pun. Cam best jer die punya deko. Lain dari yang lain sikit. Mula-mula dulu ingatkan bengkel kereta, tapi rupanya kedai makan. Kreatif tuan punya kedai ni.

  Ok, kamu semua layan je lah gambar-gambar ni ye... Sorry, saya pergi ni waktu malam, so...gambar kurang cantik sikit.

Keadaan luar kedai

Dekorasi kedai yang simple tapi menarik. Tempat makannya bawah khemah je, tapi tetap unik.

Kedai ni gunakan kepala kereta sebagai kaunter gerai dan
body kancil sebagai frame untuk kaunter pesanan.
 
Nah, siap ada no phone lagi. Katanya ada fb jugak. Try le cari sendiri yer..
 


Khusyuk memilih menu.

Saya order Limau Jampi ( Limau Asam Boi)

Dok la sedut air je dulu masa tunggu makanan sampai.

Ni menu yang saya order. Ayam Langgar - RM7.90. Yang ni best!

Ni plak menu yang suami saya order. Nasi Nahas- RM 6.90.
Yang ni bagi saya  tak berapa la.. Rasa cam masak kicap jer.
    Ops..lupa plak, kat sini ada WiFi free tau. Nak bawa lappy gi lepak sini sambil-sambil makan pon boleh. Ada skrin besar jugak untuk tonton TV. Lebih istimewa kedai ni menyediakan surau dan tandas.

   Sorry sangat-sangat tak dapat letak gambar kawasan sekitar kedai. Malam gelap sangat dan kamera phone ku tak berdaya memberikan foto yang terbaik. tapi apa yang boleh saya gambarkan, keliling khemah makan ni ada dibuat replika seolah-olah jalanraya, siap dengan round aboutnya. Dan ada juga yang dok main kereta kontrol masa kami makan kat sini.

{ 0 komen... read them below or add one }