Click Here!

Bercanda di Taman Botani..

Ditulis oleh Aida Awie on Wednesday, December 22, 2010

    Sabtu lepas teman suami pergi settle hal dia di KP, Putrajaya. Tengahari jugak la baru settle sume hal-hal dia. So, alang-alang dah sampai kat Putrajaya, rasa nak la gi round-round jap area situ. Tak kan datang jauh-jauh balik cam tu jer.
Tengah fikir nak ke mana lepas ni..
   Disebabkan keboringan tahap gaban menunggu halnya selesai tadi, saya diberi mandat untuk tentukan nak pergi mana lepas tu. Ha..ni yang best ni bila dapat kuasa. Dunia ni ana yang punya!! Hahahaha..

   Saya pun fikir-fikir nak jugak jalan kat Taman Botani. ~Tengahari tu wei..biar betul sikit kepala aku neh!! Matahari pacak atas kepala ada hati nak jalan-jalan kat taman bunga. Tu belum fikir kang pancit nak menapak lagi...Hahaha.. Solusinya? Suami saya ajak round taman tu naik basikal.

  ~Basikal?
  ~Oh, apa kau tak tahukah bini ko ni mane pandai bawa beskal. Apadaa...habis terbongkar rahsia aku!


   Naseb baik kat situ ada basikal yang leh naik dua orang tu. Kami pun sewalah basikal tu. RM8 sejam jer regenye. Tak la mahal sangat, tapi kena cepat sebab selalunya basikal tu cepat je habis disewa orang. Saya duduk belakang, dia duduk depan. Dah settle masalah, apa lagi... Satu taman kami round tengahari tu.
Best moment in my life!


   Ha..cam ni akhirnya saya merasa jugak naik basikal yang kayuh sendiri. Hihi..masalah saya satu jer, tak pandai balancing. Tu jer... Tapi bila duduk belakang, handle satu lagi tu kat tempat duduk dia. So..pegang je handle tu dan kayuh sama-sama. 

Sempat berhenti kejap untuk snap gambar berlatar belakangkan Masjid Putrajaya


Suami saya pun tak ketinggalan juga.
  Lepas bergambar-gambar tu, sambung lagi kayuhan sampai kat area Teduhan Ara. Ha..kat sini sempat la suami saya tunjukkan macam mana rupanya buah ara. Saya mana pernah jumpa pun. Dia cakap boleh makan buah ni, betul ker?
Macam best jer tengok buah bergayutan begini.


Ni yang close up sikit. Macam ada bekas dimakan burung kat situ.
Maknanya memang boleh makan ye buah ni?
 
Ni namanya dalam bahasa botanicnya... FICUS RACEMOSA.

    Tang naik bukit, ketar lutut saya mengayuh. Rupanya dia main tipu... Letak je kaki kat pedal tu, saya jugak yang kayuh kaw-kaw. Tepat sejam, kami pulangkan basikal tu. Peluh habis satu badan. Ha..ambik ko. Orang beriadah pagi atau petang. Ko buat seksesaiz tengahari buta. Bajet bakar kalori lebih la tuh..Hahaha..Walau apa pun, inilah masa-masa terindah saya bersama suami!
Gambar penat lepas buat kayuhan padu tahap gaban...

Ok, siapa-siapa yang berhajat nak bawa keluarga jalan-jalan kat Taman Botani leh tengok info kat bawah ni dulu.

Taman buka dari 9am-7pm
Masuk adalah PERCUMA.
Nak masuk Pusat Interaktif je kena bayar RM2.

Untuk sebarang pertanyaan:

Taman Botani Putrajaya
Presint 1, 62000 Putrajaya
Tel: (6)03-88889090

Ni pulak info tentang kadar bayaran untuk khidmat lain di Taman Botani :

Lawatan Berpandu Ke Taman 10 orang (min) Individu

Pelajar RM 5.00
RM 3.00

Tiket ke Moroccan Pavillion Individu

Pelajar RM 3.00
RM 1.00

Aktiviti Eksplorasi

Masa Bagi Lawatan Berpandu (Walk-In)
I. 9:00 am    II.10:30 pg   III. 2:30 ptg     IV. 4:00 ptg
a. Botani Walk & Hunt 10 orang (min) Seorang RM 10.00 -2 Jam
b. Botani Cycle & Hunt 10 orang (min) Seorang RM 15.00-2 Jam
c. Botani Explorace 10 orang (min) Seorang RM 15.00-2 Jam
d. Botani Morpho Hunt 10 orang (min) Seorang RM 5.00-1 Jam

Kadar Sewaan Basikal

(Isnin-Jumaat)
a. Satu Tempat Duduk - RM 2.00 / jam
b. Dua Tempat Duduk - RM 4.00 / jam
c. Baby Carrier Tempat Duduk - RM 1.00 / jam

(Sabtu/Ahad/Cuti Am)
a. Satu Tempat Duduk - RM 4.00 / jam
b. Dua Tempat Duduk - RM 8.00 / jam
c. Baby Carrier Tempat Duduk - RM 2.00 / jam

Trem (Masa Perjalanan adalah setiap 1 jam bermula jam 9:00 pg hingga jam 5:00 ptg)
a. Individu - RM 4.00
b. Pelajar - RM 3.00
c. Pakej berkumpulan - RM50.00/trip

   Balik dari Putrajaya, singgah Sg. Buloh beli rumput. Misi harus dilaksanakan secepat mungkin!! Cuti sekolah dah nak habis ni.. Sambung kat post seterusnya ye..   

{ 4 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

wah..menarik gak tu..leh pegi nanti..

Aida Awie said...

watie,pergi jangan tak pergi..
sekali sekala jalan ke sini pulak...boleh bawak anak2 habiskan cuti sekolah yang tinggal seminggu je lagi ni kan?

✿....rossa alina....✿ said...

weeee dah macam pemandu pelancong pulak kan... :)

Mardiana Daud said...

Tq kerana sudi berkongsi cerita