Click Here!

Ajal dalam mesin dodol...

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, December 10, 2010

   Sedih juga bila baca kisah warga emas yang terperosok dalam mesin dodol yang baru dibelinya. Siapa sangka nak jadi kejadian yang sebegitu,kan? Beli mesin tu sebab nak memenuhi permintaan dodol yang meningkat, mana tahu jadi tragedi pula. Sebenarnya ini semua ketentuan Ilahi. Kita merancang, Allah jua menentukannya. Ajal dan maut tu kan di tangan Allah...

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Mautbergumpalbersamadodol/Article
   Difahamkan mak cik tu baru jer sembuh dari demam dan pergi mengacau dodol berseorangan. Mungkin masih pening-pening, tapi disebabkan permintaan yang tinggi terhadap produknya, maka digagahi jugalah mengacau dodol berseorang. Menurut akhbar lagi, kemungkinan kain tudung mak cik tu terlilit pada pengisar menyebabkan mak cik tu terhumban ke dalam kawah dodol yang panas tu. Hish..ngeri jer bunyinye. Pokok pangkalnya, kita kena selalu berwaspada. Utamakan keselamatan bila berada di kawasan kerja. Baca artikel ni sepenuhnya di sini.

 

{ 2 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

kesian betul kan...

Aida Awie said...

memang kesian, watie. sudah ajalnya begitu..sedekah al fatihah je lah..