Click Here!

DIY Batas Bunga

Ditulis oleh Aida Awie on Saturday, December 25, 2010


  >Tahu ni apa? Inilah laci meja.

 >>Laci? Tak macam laci pun...

  >Ye..Kotak ni asalnya laci meja yang saya telah buangkan lapik bawahnya. Saya jumpa laci ni kat area ofis saya. Terbiar je... So, saya kutip dan bawa balik rumah. Mesti kamu semua pernah buang almari lamakan? Apakata lepas ni sebelum buang almari tu, ambil dulu laci-lacinya. Bolehlah buat DIY ni.

   Hari ni saya nak tunjukkan idea bagaimana laci tadi boleh berubah menjadi batas bunga atau sayur di laman kamu. Tak payah la membazir duit pergi beli kayu semata-mata nak buat batas. Kan lebih bagus praktikkan apa yang ada di sekeliling kita jer. Asalkan JIMAT dan FREE memang masuk carta no. 1. Hahahaha!

    Oklah, mungkin tak dapat bayangkan lagi yer? Meh layan gambar kat bawah ni yer..







       Kalau ada banyak laci terbuang dan kawasan pula sempit boleh jugak buat seperti gambar kat atas ni. Untuk buat seperti tu, tak perlulah di buang lapik bawahnya, cuma kena tambah sesuatu untuk menyokong belakangnya saja. Selamat mencuba!

{ 0 komen... read them below or add one }