Click Here!

Sesat2 nak makan kenduri !

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, December 9, 2010

Nasi minyak !!
   Kita buka entry hari ni dengan gambar nasi minyak yang sungguh menyelerakan ni. Biar korang sume telan air liur tengok nasi ni...hehehe.. Mesti dalam hati korang cakap ~Eleh, tak heran pon, aku lagi banyak dapat undangan..

  Ok, musim cuti sekolah ni selain dari aktiviti jalan-jalan, biasanya orang akan memenuhi jemputan kenduri kan? Sama jugak lah dengan saya. Sebenarnya tak sangka juga dapat jemputan ke majlis kawen member lama minggu lepas. Undangan pun dari facebook jer... Sue kawan baik saya dah sound da nak pergi sama-sama ke majlis tu nanti. So, saya dengan tak teragak-agak terima jer pelawaan. Pagi Ahad lepas, jam 10.30 lebih kurang Sue dah send mesej bagitau dia dah nak sampai Klang Sentral. Saya pun siapla nak jemput dia. Memang dah janji saya tunggu dia di sana. Saya nak cepat-cepat supaya saya sampai dulu. Bukan nak berlumba ke ape, cuma takut plak kawan saya yang comel tu kena culik ke ape ke... Sekarang ni macam-macam orang ada kan? Hari tu pun macam-macam hal jadi kat kami.

  Perjalanan dari rumah ke Klang Sentral ambil masa 25 minit jer. Kami sama-sama sampai jer. Teror tul saya bajet time. ~Hehehe..angkat bakul jap. So, dah ambil Sue di hentian kami gerak balik rumah saya semula sebab Sue nak tukar baju. Perjalanan balik amik masa sejam sebab saya sesat jalan. GPS hampeh tunjuk jalan jauh. Bengang tapi still boleh gelak ngan Sue. Lepas Sue bersiap, kami gerak keluar dari rumah jam 12.30 tgahari menuju ke Kota Damansara untuk jumpa dengan Maz, sorang lagi member lama kami yang nak join sama gi majlis tu. Kami konvoi jer sebab Maz bawak kereta sendiri. Haa.. nak menyampaikan kat tempat majlis ni lah macam-macam hal jadi. Sekali lagi GPS buat hal. Tunjuk jalan kemain jauh, pulak tu jalan sume yang ade tol berlambak-lambak. Naseb ade Touch n Go suami saya... Tibai kad die sampai tinggal rm20 ++ jer.. Campur pulak banyak jalan menuju ke pusat bandar hari tu ditutup. Entah sebab ape, tak tau. Yang saya nampak banyak polis pdrm dan polis trafik berkawal kat situ.

  Pas tu adalah kejadian kami terpaksa berhenti kat tepi sebab nak konfom alamat. Alamat tulis Jalan Temerloh. Tak silap kat Titiwangsa, tapi ade plak tulis UKM. Ada universiti ke kat situ? Haa... Konfius kat situ.. Call ler member-member lain, same jer jawapan diorang kasi. ~Tak tau, aku tak pergi la.. Lor.. Berape kerat jer yang pergi ni? Kate nak reunion... So, letih berteka-teki, kami decide teruskan je pencarian kat Titiwangsa. Satu signboard pun tak de name penngantin yang kami cari. Sume name orang lain. Jalan punya jalan punya jalan, GPS kata ~ Tiba di destinasi sebelah kanan. Haa? Kanan? Masing-masing toleh dan barulah nampak tanda jalan 'Jalan Temerloh' dan banner gambar kawan kami tu. Hadoii..Naseb gak ade GPS ni. Kalo tak, memang dah rancang nak makan kat kedai je kalau tak jumpa.

   Sampai kat destinasi, kami gerak masuk dewan. Member kami dah selamat duduk atas pelamin dah. Lambai-lambai jer kat die, Tak taulah die perasan ke tak. Lepas tu terus tuju meja lauk. Senduk-senduk, duduk, makan.. Masing-masing tak angkat muka dah. Ape taknye..memasing dah lapar. Tambah pulak jalan jemm, sesat dan panas terik tadi...Kira satu pakej la tuh. Haa..sekarang meh kite tengok orang kanan dan kiri saya yang dok rancak menyuap..
 
Sue yang kelaparan...

Maz pun sama lapar...
   Tengah-tengah makan, kami jumpa sorang lagi member kami di UiTM. Ops..sowi, bukan kami jumpe dia. Tapi dia datang jumpa kami. Kami mana nampak orang dah.. Muka pun tak sempat angkat. Dah lama tak jumpa Mai ni. Lembut jer datang menegur kami... ~ sebab dia dah kenyang kut..hehehe Dia datang dengan suami dan anaknya. Borak sakanlah kami kat meja tu, nyaris meja nak terbalik.
 
Maizatul Afiza
   Lepas habis nasi dalam pinggan, kami sambung borak lagi sambil posing-posing. Memasing muka dah berseri-seri sebab kenyang.  
 
Sue memberikan posing terbaik setelah kenyang...
 
Saya dan Maz pun senyum sampai ke telinga..hehehe
  Lepas borak-borak, sesi jumpa pengantin pulak. Nak jugak salam pengantin perempuan dan bagi ucapan selamat kepada mereka sambil posing lagi kat meja makan pengantin tu kan?


Selamat Pengantin Baru, Megat Azmil Khalil...
Semoga berbahagia ke akhir hayat.
 
Snap lagi..kali ni kawan saya Sue pulak masuk frame.

Akhirnya sebelum balik, kami sempat jugak posing
kat taman depan pintu masuk dewan. Ni pun
suruh bibik sape tah yang tolong snapkan.




{ 5 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

cuti sekolah musim org kawin kan...

Aida Ab Jalil said...

ye watie..cuti sekolah memang banyak yang buat kenduri kawen. tapi saya pilih2 jugak, tak larat nak pergi semua tempat.

Anonymous said...

best kan aida...p sayang xramai yang datang....lau x boleh reonion sakan kita...

Anonymous said...

aida, hari jalan byk tutup sbb org selangor nak hntr memorandum pada agong...pasal bekalan air mahal...lebih kurang gitulah masa sue curi2 dengar kat dalam bas..driver bas ngan polis berborak sakan..perjalanan balik melaka 3 jam, mmg dalam sejarah..huhu

Aida Ab Jalil said...

ooo..ye ke sue? gitu eh. naseb aida xjadi hulk masa kat bangsar tu kan? muke sue pon cuak jer..hehehe..
3 jam klang-melaka? lamenyer..bas tu gi mana lame sgt
? ke pasal jln ditutup tu jugak sue?