Click Here!

Kasut baruku!

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, December 28, 2010


  Tadaa!! Saya dapat kasut baru... Ahad lepas teman suami beli baju dan kasut kerjanya yang baru. Maklumlah...Semalamkan sekolah dah buka. So, sekolah baru, semangat baru, baju dan kasut pun nak baru jugak. Tapi bukan nak cerita pasal kasut dia. Nak cerita kat sini pasal kasut saya. Saya memang suka pakai croc. Simple dan kemas. Boleh masuk dengan apa jenis pakaian pun. Lagi pun kalau drive kereta tak perlu tanggal kasut. Kalau pakai heel mesti kena bukak masa drive. Kaki ayam je...Hehehe..

  Croc saya dah uzur dah. Tapaknya pun dah haus. Pernah jugak dua tiga kali hampir terlentang bila terpijak air kat lantai. Kalau pergi tandas pusat beli belah, kenalah hati-hati lebih sikit. Lagipun saya selalu juga mengadu yang kasut saya tu dah ketat. Sakit jari kaki saya bila pakai kasut lama. So suami saya belikanlah croc yang baru. Lebih selesa dan yang penting saya tak risau terlentang lagi! Mekaceh abang! Apalagi, lepas bayar terus sarung la.. Kasut lama simpan dalam plastik.

{ 0 komen... read them below or add one }