Click Here!

Peti surat pun bermacam ragam...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, December 24, 2010

   Terfikir-fikir hujung minggu ni nak buat projek peti surat. Petinya dah ada cuma tak dipasang lagi. Kata suami saya dia nak spray peti tu dengan cat putih dulu. Konon tak suka dengan kaler merah menyala tu.

~Oklah, apa-apa jer asal rumah kita nanti ada peti surat , bang... Jangan posmen selit-selit kat pagar je sudahlah. Harus basah kuyup surat-surat tu kalau hujan nanti.

    Memikirkan sesuatu yang kreatif itu lebih cantik berbanding yang biasa, saya buka laman web dan mula mencari gambar-gambar peti surat. Wah! Memang teruja sangat bila buka satu laman web ni. Namanya pun surprise mailbox kan.. So, meh kita layan gambar-gambar peti surat terkreatif seluruh dunia ni yer..



    Kreatifkan peti surat diorang? Saya paling suka dengan idea peti surat yang ada no. 2 tu. Rumah saya pun  no. 2 juga...Hihihi..

Gambar-gambar di atas boleh dilihat dengan image besar di link ini -http://www.walksydneystreets.net/surprises_mailboxes01.htm

{ 0 komen... read them below or add one }