Click Here!

KFC...

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, December 2, 2010

KFC.. Sedap hingga menjilat jari!

   Pukul 5 petang semalam, suami saya dah siap tunggu kat bawah opis. Saya jer yang lambat turun sebab ada kerja yang tak settle. Hati pulak tengah terbakar dek sikap sorang supplier ni...

   Kesian suami saya terpaksa dengar luahan perasaan saya semalam. Jadi nak menyejukkan hati saya yang tengah membara ni, suami pujuklah dengan belanja KFC. Sebenarnya dah lama jugaklah kami tak makan KFC.  Saya mengikut jer, tak kisah sangat nak makan apa lagi pun saya memang lapar sangat sangat sebab bekal tengahari saya boleh pulak tertinggal dalam kereta. Nak call dia patah balik, macam menyusahkan pulak. Semata-mata pulak nak meredah jemm sebab nak hantar bekal. Kerja kat kawasan cina ni payah sikit nak cari kedai makan melayu. Terpaksalah seharian saya dok teguk air masak sampai makan KFC pun tak terbuka jugak selera.


Snack plate spicy fav kami..

Suami saya yang setia mendengar bebelan saya. Cian die...
    Lepas makan, cepat-cepat saya ajak pulang. Jalan pulak jemm teruk. Letihnya... Dalam kereta suami saya minta masakkan daging masak kicap dengan kentang. Dia teringin nak makan. So, balik semalam saya masakkanlah untuk dia sebab saya pun lapar jugak. Goreng kangkung sikit, masak nasi.. Oh, alangkah nikmat makan malam kami semalam. Perut melayu ni nak nasi jugakkan?

{ 0 komen... read them below or add one }