Click Here!

Hari Membalas Dendam!!

Ditulis oleh Aida Awie on Wednesday, December 1, 2010

  Wahhh.. Takut jer bunyiknyer kan? Balas dendam pada sape ek? Hehehe..Sebenarnya, hari ni saya nak balas dendam, upload gambar untuk entry yang bertimbun sebab cabel phone hilang hari tu. So, hari ni saya tak mahu buat keje lain selain mengadap pc. ~Ceh! Macam la ko duk kat rumah boleh buat sesuka hati ko jer..

  Ok, tak mau buang masa lagi..Saya nak mulakan dengan hari Jumaat lepas. Keluarga sebelah suami saya datang berhimpun. Sesaja jer kami berlonggok sementelah cuti sekolah pun dah bermulakan? Anak-anak buah dok sibuk merancang nak menjelajah KL. Umi, ayah mertua dan adik ipar saya, petang Jumaat dah sampai di rumah. Disebabkan saya bekerja dan suami saya tengah bercuti sekolah, maka suami saya sajalah yang menyambut mereka di rumah.

   Umi kalau datang ke rumah anak menantu, habis semua jenis tanaman kat keliling rumah dia nak bawak. Yelah kan...kat bandar ni mahal. Pucuk ubi seikat RM2..tu pun dapat yang tua jer..So, nak makan sayur kampung, bawak jer dari kampung.

Tengok tuu..banyakkan terung dan pucuk ubi yang umi saya bawak
   Lepas tengok-tengok sayur yang umi saya bawak, saya pun decide la nak masak apa. Suami minta masakkan terung goreng sambal tumis, favourite die. Ok jugak, dah lama tak makan lauk tu. Suami saya pulak ada belikan ikan siakap dan sayur kacang panjang. So, menu kami malam tu adalah nasi putih, terung goreng sambal tumis, siakap goreng celup tepung, sayur kacang paprik, udang goreng celup tepung dan telur dadar. Sekarang saya nak tunjukkan sket cara masak terung goreng sambal tumis.

   Mula-mula, rebus cili kering untuk buat cili bow. Suami saya tak suka saya masak guna cili bow siap, adakala cili bow tu rasa agak masam. So, saya memang blender sendiri jer.

 Air cili boleh digunakan sebagai racun organik untuk serangan kulat pada tumbuhan.
    Sambil tunggu cili masak, potonglah terung tadi panjang-panjang atau ikut sukalah. Tapi jangan terlalu besar sebab kita nak kasi die garing sikit. Goreng terung tadi sampai sikit garing. Angkat dan ketepikan.

Seeloknya terung digoreng dengan minyak banyak untuk masak sama rata.

   Setelah cili masak, tapis cili dan bilas di bawah air. Ini untuk membuang biji cili yang berlebihan. Blender cili dengan bawang besar. Gunakan banyak bawang besar untuk memaniskan sambal secara semulajadi ye. Nanti tak payah la letak gula banyak sangat. Tumis cili bow dengan bawang blender tadi sampai naik minyak.

   Bila sambal dah naik minyak, masukkan sikit gula, garam dan sos tiram. Akhir sekali masukkan terung yang telah digoreng tadi. Kacau sebati dan hidang.


Taraa..dah siap dah. Senang jer kan?
  Ok, sekarang dah siap satu lauk. Goreng plak ikan siakap. Disebabkan rumah saya kuali sume saiz cumell jer, maka ikan siakap terpaksa di potong dua. Hehehe..maka terpisahlah ekor dan kepalanya...

Goreng sampai garing ye..

Perap ikan dalam putih telur selama 5 minit. Lepas tu pupuk-pupukkan tepung goreng KFC.
   Ok..pas tu kita hidang atas meja untuk dijamu oleh tetamu saya. Kakak ipar saya pun sampai elok-elok saya sudah memasak..
  
Emm..perut dah lapar.. 
 
Udang celup tepung..
 
Sayur kacang masak paprik


{ 0 komen... read them below or add one }