Click Here!

Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, June 1, 2013


Hallooooooooo!!
   Cuti sekolah dah start kan? Rasanya dah seminggu pun berlalu. So ibu2 dan bapak2 sekalian yang mana tak tahu lagi nak bawa anak2 jalan2 di mana, sila bawa anak2 anda ke muzium ini bagi menimba ilmu pengetahuan ye. Boleh je didik diorang ke tempat2 ilmiah seperti Muzium Tentera Darat ni. Kat mana? Dekat je... Port Dickson je pon.

muzium

   Ok, alang2 dah bawa anak2 mandi-manda kat pantai, bolehlah bawa mereka kenali sejarah tentang tentera pulak. Penting ni supaya anak2 tahu menghargai mereka yang telah berjasa menjaga keamanan negara kita. Selain dari tu, pasti anak2 teruja dapat merasa panjat kereta kebal dan duduk di dalamnya. *Yang ni biasanya anak lelaki la. Bukan kata anak jer, silap2 bapaknya sekali. Tengok je ler kelaku hubby saya tu...

dalam kereta kebal
 
   Haa.. Dah cuba masuk dalam tank ni, baru tahu betapa sempit dan tak selesanya tentera2 kita dulu menghadapi musuh. Namun dek kerana sifat kepahlawanan yang ada, segala tu ditolak ke tepi. So? Hargailah jasa mereka serta bersama kita mengekalkan keamanan negara kita.

kereta kebal

images of muzium tentera darat port dickson

   Info: Sejarah Awal Tentera Darat
   Tentera Darat yang ditubuhkan pada 1 Mac 1933 telah membuktikan keunggulannya sehingga ke peringkat antarabangsa. Sejajar dengan wawasannya, Tentera Darat sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab pada bila-bila masa dan di mana jua sebagaimana diperlukan.

   Seramai 25 Anak Melayu telah dipilih sebagai perintis yang kemudiannya dikenali sebagai Skuad Pertama. Kecermelangan mereka telah menjadi pendorong utama pembesaran kepada sebuah Kompeni Percubaan dan seterusnya pembentukan Tentera Darat yang lebih moden pada hari ini. 

    Dalam meniti sejarah negara, Tentera Darat telah menimba pelbagai pengalaman yang berguna. Bermula dengan Perang Dunia Kedua (1941-1945), Darurat (1948-1960), sehinggalah Konfrontasi Malaysia-Indonesia (1963-1966).

    Ekoran dari kejayaan menangani konflik dan ancaman ini, Tentera Darat pada julung kalinya diberi penghormatan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pasukan yang ke 16 untuk berkhidmat di bawah panji-panjinya di Congo.

   Akhirnya Kerajaan Inggeris menyerahkan pentadbiran dan pengurusan Tentera Darat kepada Kerajaan Malaysia pada tahun 1967. Tentera Darat terus mengorak langkah dengan mengubah struktur organisasi dan menambah paras kekuatannya. Hari ini, terdapat sebanyak 16 Kor dalam perkhidmatan Tentera Darat.
-info c&p dari gambar pertama.

{ 0 komen... read them below or add one }