Click Here!

Menara Tinjau di Puncak Gunung Brincang

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, July 3, 2012

   Menara tinjau tempat ketiga yang kami lawati pagi Sabtu lepas. Hubby saya beria-ia ceritakan pemandangan dari atas menara. Dia juga mencabar saya dan mak saya untuk naik ke tingkat tertinggi. Yelah, pergi kali pertama dulu memang saya tak naik pun menara ni, saya gayat. Tapi kali ni dah dicabar, saya naik juga. Tak lah rasa gayat sangat bila kat atas tu rupanya... Saya yang penakut sangat. Hehehe! :P


Tangga naik ke menara agak curam, sempit dan besi2nya dah keluar karat. Jadi kalau berkesempatan memanjat menara ni, hati2 ok!
    Percutian kali ni,mak memang betul2 buat saya kagum. Mak sikit pun tak nampak gayat, siap conteng 'trademark' kat tiang menara lagi sambil menghayati permandangan menarik. Yeah!! Nampaknya hubby saya berjaya menyuntik semangat keberanian kepada mak saya.







Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }