Balik dari Putrajaya, terasa nak menjengah ke nurseri la pulak. So, kami terus ke nurseri kat area belakang Klinik Sg. Buloh. Tinjau punya tinjau, belilah rumput hari tu jugak..Kang merajuk plak tokei rumput tu, tanya banyak tapi tak beli. Regenye pun boleh tahanla...RM 1.20 sekeping. Kami beli 50 keping untuk taman depan.
Banyak-banyak lokasi yang kami tinjau, ini yang paling murah la..Memang banyak nurseri yang jual rumput kat situ, kena rajin tanya-tanya la kalau nak dapat harga murah. So, lepas beli rumput tak boleh beli pokok lain dah. Pasal bonet keta dah mampat semampat-mampatnya. Berat jugak rumput-rumput tu, sampai lower jugak la keta kami. Ditambah berat kami lagi... Hahaha.. Jawapannya, kete kena jalan slow je. Balik tu punggah semua rumput keluar dari bonet cepat-cepat sebab kami nak melaksanakan misi seterusnya.
Misi seterusnya pula, misi membentuk muka bumi laman. Membentuk muka bumi laman? Apa tu? Haa.. ni la nak bagitau ni. Kami nak la buat taman kami tu ada tinggi rendah. Bukan rata jer. Tu idea suami saya la tu. Konon cam tak natural kalo rata jer cam padang bola. So, untuk meninggikan permukaan tanah, kenalah tambah tanah kat bahagian yang nak ditinggikan tu. Solusi paling jimat untuk tambah tanah tanpa membeli adalah dengan memunggah tanah buangan di belakang kilang kawasan kami tu. Tapi nak bagitau awal-awal, jangan la ambil tanah yang berbatu. Ambil tanah yang elok-elok sikit.
Untuk melaksanakan projek ni, kami dah lama dah usha tempat ni. Memang line clear punya. Selalunya kontraktor perumahan buang tanah lebihan kat area tu. Banyak hasil buangan yang boleh diguna pakai semula. Malah, sapa-sapa yang rajin dan nak jimat beli sayur boleh jugak kutip kangkung yang banyak menyalar kat tempat tu. Masa kami dok cangkul tanah tu, ada la dua orang mamat Myanmar kutip kangkung kat situ. Ke main ler banyaknya kangkung tu..Pucuk paku merah pun berlambak kat situ tau. Ok, stop la citer pasal kangkung ngan paku merah tu. Sambung balik citer pasal projek taman kami.
Dah ambil tanah yang kami nak tu, kami pun bergerak la ke fasa 1 pulak. Haa..Kat situ ada satu lagi benda yang kami nak ambil. BATU. Kami ni dok fasa 3. Kira tengah-tengah la dari tempat ambil tanah tadi dengan tempat ambil batu. Jalan punya jalan akhirnya sampai la kat area tu. Sunyi sikit tempatnya. Tapi memang bestlah. Asal leh jimat duit poket, memang kami usahakan. Banyaknye batu-batuan yang cun-cun... Tapi mak aih..berat giler nak angkat. Dan sebab berat tu, kami ambil satu jer batu. Masa ambil batu ni, macam macam kami baca. Yelah kan, mana tau batu tu 'bende mistik' yang punya ker...Tapi alhamdulillah la, tak de ape yang jadi setakat ni.
Memang best bile dapat bende free ni kan? Hahahaha..Yelah, kat nurseri batu jual kira timbang kilo. Sekilo 1.50, kalau 10 kilo dah RM15 kan? Rugi..rugi..baik duit tu buat beli pokok. At least, berbaloi jugak, kan?
Ok, separuh misi dah settle. Tinggal lagi kami nak mencorak taman tu jer dengan apa yang kami ada ni.
Maka bermulalah cabaran menghasilkan Rock Garden kami. Tanah tadi kami tuang kat tempat yang nak ditinggikan. Mampat-mampatkan ia. Pas tu letak batu tadi. ~
Ceh, dah macam batu bersurat la plak.
Tabur pasir sikit bagi pengaliran air berjalan lancar.
Haa.. pastu tanam la pokok-pokok renek yang dah saya dah beli dulu tu. Pokok-pokok ni saya beli kat nurseri tepi jalan Lot 61, Jalan Kota Damansara-Shah Alam tu.
Yang ni RM10 dapat 5 polibeg.
Yang bunga purple ni pulak, RM10 dapat 3 polibeg.
Dah siap tanam pokok-pokok tu, atur stepping stone. Stepping stone ni pun ade cerita jugak. Ni pun free jer...Ambil kat belakang kilang kat Kota Damansara. Banyak jer diorang buang-buang. Lebihan kayu cantik-cantik untuk buat kichen cabinet pun bersepah-sepah diorang buang. Saya ambik beberapa untuk buat batas sayur. Hah..JIMAT!
Ok sambung balik, carik-carikan rumput tu dan tekapkan ke tanah. Siram dengan air. Siap..Tada!!