Home » Posts filed under kangkung
Kangkung! Kangkung!!
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, July 5, 2012
Hujan Rahmat..
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, April 8, 2012
Lihat perkembangan sawi dan kangkung. Cepat juga pembesarannya, kan? Walaupun kangkung ditanam lewat beberapa minggu tapi pertumbuhannya juga amat menggalakan. Alhamdulillah... Memang seronok sangat bila tengok perkembangan kedua2 sayuran ni cepat membesar. Daun kesum yang saya cucuk hujung minggu lepas pun nampaknya mula mengeluarkan pucuk baru. Best la lepas ni nak makan asam pedas tak perlu beli daun kesum lagi. Petik je dari kebun. Lepas ni nak tanam banyak lagi daun2 masakan lain. Tak sabar nak tunggu masa menuai.
Rise bed
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, April 5, 2012

Rise bed adalah kawasan menanam yang dibina khas dan tinggi sedikit dari aras tanah. Keluasan serta kedalamannya bergantung kepada jenis tanaman yang hendak kita tanam. Macam kangkung, sawi, kailan dan bayam cukuplah kedalaman 6 inci. Jika menanam pokok yang lebih tinggi dan lebih besar seperti lemon, rise bed harus lebih besar supaya akar dapat tumbuh dengan baik.
Rise bed untuk kangkung ni saya gunakan kayu dari laci terbuang. Boleh juga gunakan kotak polisterin, lebih tahan lama berbanding menggunakan kayu.
Benih Kangkung Free
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, April 3, 2012
Pagi Ahad lepas, masa rewang saya dapat batang kangkung. Agak banyak juga yang saya dapat memandangkan tuan rumah ada menyediakan menu pecal untuk santapan tetamunya. Kangkung tu dah pun saya tanamkan malam tadi. Terpaksa juga tanam waktu malam memandangkan pagi tak cukup masa dan petang pula masa dah terbuang di bengkel. Semua gara2 kereta yang meragam lagi. Saya niatkan, tuaian pertama akan saya kongsikan dengan tuan rumah. Itu tanda terima kasih saya padanya. Harap2 dalam sebulan lagi kangkung akan tumbuh dan membiak subur. Alhamdulillah...Hujan rahmat tiap2 pagi menyiram segala tanaman dan sayur dah jimatkan masa dan bil air saya. Semoga segala usaha saya menyahut kempen tanam sendiri tidak sia2 dan berhasil dengan jayanya. InsyaAllah.