
Ini kelas flat clog sandal 2 minggu lepas. Pelajar saya datang dari Ampang, bersama suami dan anak2nya. Mula kelas pada jam 11 pagi, agak lewat. Tapi lebih kurang jam 5 petang siap la sepasang sandal yang comel ni.
Asalnya pelajar saya nak buat sandal simple seperti gambar di bawah ni.

Tapi saya beri pilihan lain dan tunjukan contoh dari gambar2 simpanan saya agar dia lebih terbuka. Bukan apa, kadang- kadang pelajar saya takut dan tak yakin dapat hasilkan kasut yang cantik. Mereka selalu memilih design yng terlalu simple sedangkan bagi saya, ianya tak berbaloi.
Saya gembira bila pelajar saya berani mencabar diri mereka dan berseronok dengan hasilnya.😆😁
Kelas minggu lepas pula pelajar saya datang dari utara Malaysia -Pulau Pinang. Cantik orangnya, juga berjiwa besar ingin menceburi bidang perniagaan kasut.
Pilihan sandal yang ingin dihasilkan juga in trend, sesuai jiwa muda mudi sekarang.
Kelas wedge clog ini adalah selama 2 hari sebenarnya. Tetapi memandangkan pelajar saya dari Pulau Pinang, kelas perlu tamat lebih awal. Lihatlah hasil tangannya. Menarik,kan? Sekarang memang trend anak2 muda pakai wedge clog. Design pun simple2 saja. Mereka gemar memilih sandal sarung yang boleh digayakan dengan pelbagai busana. Lihat hasil kerja tangannya yang baru pertama kali membuat sandal. Kemas dan ringkas.

~Minggu ni ada satu lagi kelas. Nanti inshaaAllah saya coretkan di sini bila ada kelapangan.
posted from Bloggeroid