Click Here!

Showing posts with label shoes class. Show all posts
Showing posts with label shoes class. Show all posts

Promosi Kelas Flat Clog Sandal

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, September 5, 2014

       Salam.. Lama tak menulis di sini. Hari ni menulis untuk share promosi kelas terbaru kami.

Flat Clog Sandal.



     Kelas terhad kepada stok tapak yang ada. Siapa cepat dia sempat.

     Tapak kayu terhad untuk saiz 5,6 & 7 sahaja. Pelajar boleh pilih design sendiri untuk digayakan dengan tapak ini. Illustrasi di atas cuma contoh sahaja. Boleh juga pilih untuk hasilkan design2 musim panas seperti gambar di bawah.








Continue Reading

Cerita Kelas Kasut & Sandal

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, May 20, 2014

    Salam.
    Pagi ni singgah beli paper Metro kat kedai depan opis. Biasanya baca online je. Tapi sebab Pn. Farhana dah inform awal ttg artikel kelas kami ni. Gigih pagi2 nak beli surat khabar. Hehe...





     Untuk kisah lanjut, boleh baca di link ini
BuatKasutIkutCitarasa. Moga2 segala usaha kami tidak sia-sia dan mudah2an diberkati olehNya. Amiin..
Continue Reading

Kusangkakan dari Kedah, Rupanya dari Sarawak!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, April 30, 2014

    Sabtu dan Ahad lepas ada kelas sandal bersama Stella Tiong di Empire Hotel, Subang. Kami bertemu lebih kurang jam 2 lebih di lobi hotel. Naik ke bilik terus start buat apa yang patut. Kelas sandal bermula dengan penerangan tentang alatam dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sepasang kasut. Diterangkan juga asas2 mendapatkan ukuran kaki secara tepat serta beberapa penerangan berkaitan pembuatan sandal. 

    Untuk kelas ini, Stella telah memilih untuk menghasilkan sandal wanita dengan ketinggian 3 inci. Rekaan yang dihantar melalui email juga adalah dari jenis yang ringkas memandangkan tiada waktu mencukupi. Jika dikira, kelas kali ni cuma sehari sahaja memandangkan kami kena check out jam 2 petang Ahad. So, berkenalan juga serba sedikit dengannya. Rupanya dia terbang dari Sarawak. Entah bagaimana saya boleh tersalah anggap dia dari Kedah. Hahaha!












        Kelas kami berhenti jam 7.30 memandangkan dia perlu hadiri acara makan malam dengan teman2nya. Dan agak kecewa sikit sebab material yang dipilih pada kali pertama tu mendatangkan sedikit masalah. Ketebalannya menyukarkan proses menjahit, jadi kami terpaksa tukarkan kepada material baru yang nipis sedikit. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dapat hasilkan sepasang upper untuk sandal tersebut. 


Tadaaa!!!
Lihat hasilnya... Cantik,kan?




         Saya harap Stella berpuas hati dengan kelas sandalnya. Masa memang mencemburui kami, Kami check out agak lewat, hampir jam 1 petang hari tu gara2 masalah teknikal semasa memasang heel sandal. Apa pun saya pulang dengan selamat dan Stella juga selamat tiba di rumahnya di Sarawak hari yang sama. Moga perkongsian ilmu ini bermanfaat buat Stella. 

P/S: Hope to see you again Stella!! 


Continue Reading

Projek yang Tertangguh

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, April 10, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Dah seminggu kut tak update apa kat blog ni. Biasalah, tuan tanah sibuk sangat dengan aktiviti seharian. Lagipun sibuk dengan idea yang datang mencurah-curah.

    Terbaru sedang sibuk siapkan kasut kawan. Tak nak ambil tempahan  tapi demi kawa  lama yg jauh nun di Borneo kugagahkan jua. Huhu... Dulu masa saya ke sana seminggu dia datang membawa cenderahati untuk saya. Susah-susah datang ke Poring untuk jumpa saya. Lama tak jumpa lepas tamat belajar dulu.

     Malam tadi dari jam 8.15 sampai 12.54 malam saya berkurung dalam bilik jahit. Nak menyiapkan kasut ni. Tak sempat juga nak siapkan sepenuhnya. Kena tunggu masa lain pulak sambung. Kasut ni dah lama dia nak, tak silap dari bulan 2 tapi disebabkan kilang lambat siapkan mould so kenalah tangguhkan. Shoelast biasa memang mudah je, tapi kali ni saya buat wedge, So shoelast kena buat khas ikut wedge tu. Kalau tak, nanti pakai tak sedap. Yang jadi lambat tu pekerja yang ambil order dulu tak maklumkan saiz apa pada orang yang buat. Dia pula cuti panjang hal keluarga. Bila call tak dapat. Macam2 hal. So pening jap fikir masalah teknikal macam ni. Tapi akhirnya selesai jugak. Semalam lepas kerja rushing ke kilang shoelast dan terus balik. Selesaikan hal2 rumah dan terus la bertapa dalam bilik jahit tu menyiapkan tempahan ni. Tapak kasut tak order lagi ni. Tak tahulah berapa lama pulak masanya. Hopefully sempat la nak siapkan sepasang dalam bulan ni. Siap je kasut ni nak mulakan projek terbaru, handbag!
   
P/S~ Oh... Moga ada masa yang cukup untuk semua impian ini..


Continue Reading

Cikgu Teruja Bila Student Bersemangat

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, November 9, 2013


       Student saya semangat siapkan kasut ni. Dah tak sabar2 nak bawa pakai pergi kerja nanti katanya. Jadinya hari ni dia belajar sampai malam. Tupun dapat siapkan sebelah jer. Lagi sebelah nanti dia buat di rumah. Dah tak sabar2 lagi nak tau progress penghasilan kasut ni sehingga ke akhir. Buat sebelah dulu, janji tunjuk step lengkap.
 
      Seronok dan teruja bila ada student macam ni. Macam terasa-rasa diri sendiri masa zaman belajar dan jadi student dulu. Sentiasa teruja dengan benda baru!! Semoga ilmu ini bermanfaat hendaknya.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Kelas Kasut Marathon

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, August 26, 2013

          Hari ni memang cipta sejarah betul. Biasanya kalau ajar orang yang first time nak buat kasut ni, kita ajar step by step dan makan masa jugak. Ada dua sessi ada yang tiga sessi untuk satu pola. Tapi student kali ni dia marathon satu pola dalam 6 jam. Haha... Pantas macam kilat. Risau jugak kalau dia tak faham sebab aku macam laju semacam. Tapi alhamdulillah dia boleh catch up. Kira fast learner sungguh. Gitu kekdah kalau orang dah nak sangat ilmu ni. Aku pulak yang asyik tersasul dan teragak2 step. Punya la nak cepat. Break kejap untuk solat dan makan je. Ha.. 6 jam tu belum tolak yang break solat dengan makan. Maknanya lagi super fast marathon. Haha...


        Kalau la dia tak sesat tadi, aku fikir dapat dah dia siapkan 2 jenis pola ikut pakej yang dia ambil tu. Tapi aku pulak kalut nak pi open house rumah kak ipar. Open house tu aku memang tak menolong langsung la. Datang isi perut je aku laki bini ni. Haha... Dapat jugak la jumpa mertua kat rumah dia. Kalau tak, jadi menantu ape tak tau. Biziii memanjang, macam aku sorang je yang kerja sampai mertua datang pun tak dijenguk. Tapi alhamdulillah jugak kalau ada 10 student cam ni. Memang cepat kerja aku. Kalau past ni ngajar kat rumah jer pun cam best gak. Sebabnya sambil mengajar sambil berlari memasak kat dapur. Berkilo lemak cair tu... (^_<)!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading