Hujung tahun pastilah sibuk sana sini orang nak kawenkan? Sedara mara, jiran tetangga pun dapat jemputan sampai adakalanya bertindih-tindih..Ibaratnya, kalau hujung minggu di musim kenduri kendara ni tak payah susah-susah la nak masak tengahari.. Penuhi jer jemputan kawen tuh, kompom kenyang sampai malam... ~ Opss..tapi kalau orang tak jemput tu jangan memandai plak nak pergi makan kenduri ek..
Masa musim kenduri ni la kita banyak tengok orang berinai. Sila baca khasiat-khasiat inai ni agar boleh dimanfaatkan, bukan saja semata-mata untuk pengantin berinai.
Antara Khasiat Inai
1.Daun inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya, daun-daun ini dibersihkan dan ditumbuk, kemudiannya disapukan pada tempat yang sakit.
2.Air daun inai pula boleh menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan merebus daun inai yang telah dibersihkan. Ambil airnya dan minum.
3.Serbuk daun inai digunakan untuk menyembuhkan luka-luka semasa berkhatan, bisul, penyakit-penyakit kulit dan sengal-sengal tulang.
4.Orang India percaya air daun inai adalah baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya bahawa berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak. Mereka juga menggunakan daun-daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala.
5.Orang-orang zaman dahulu pula menggunakan inai untuk mewarnakan rambut atau bahan tekstil.
Home
»Unlabelled
» Banyak rupanya khasiat inai...
{ 2 komen... read them below or add one }
boleh tahan jugak khasiat daun inai..
selama ni guna untuk rambut & kuku aja..'thanks sebab share (",)
same2 cik ann...sharing is caring !
Post a Comment