Click Here!

Uniknya Mossy Forest

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, July 2, 2012

     Mossy Forest atau Hutan Lumut terletak di Gunung Brincang, Cameron Highland. Ketinggiannya yang mencecah 2000m, menjanjikan permandangan yang menakjubkan serta spesis2 tumbuhan yang unik. Minggu lepas saya bersama keluarga telah menjejak kaki di sini. Sebenarnya ini kali kedua saya menjejak kaki di Hutan Lumut. Kali pertama adalah bersama keluarga sebelah hubby lebih kurang pertengahan tahun lepas. Masa tu ianya belum dibuka sepenuhnya lagi kepada pengunjung memandangkan masih di dalam proses baik pulih. Kini trek laluan dan gazebo tempat melepaskan lelah telah dibina semula dan ianya lebih selamat kepada pengunjung. Ok, cerite panjang pun tak guna. Jom tengok gambar2 kami di sana.

P/S~ Dalam aktiviti ini, saya kagum dgn mak saya kerana dia telah membuktikan bahawa dia berjaya mengatasi ketakutannya pada tempat tinggi (gayat) dengan sama2 melusuri laluan trek sehingga ke hujung.




Akhirnya ekspedisi kami sampai ke hujung laluan. Tanahnya lembap dan agak hitam di kawasan ini. Bergambar lagi sepanjang laluan pulang...


Yeah!! Kami teruskan lagi perjalanan kami ke puncak kemuncak Gunung Brincang di mana terdapat sebuah menara tinjau setinggi tiga tingkat. InsyaAllah, ada masa saya ceritakan lagi. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }