Click Here!

Majlis Merisik & Mary Cheese yang sedap!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, December 27, 2012

     Selasa lepas kami sekeluarga ke Kuang merisik buah hati si adik. Sampai saja di halaman rumahnya, mata ni tak lekang mengintai dekorasi dan susunan landskap yang menarik. Tak sempat nak ambil gambar pun dek khayal sangat meneliti keseniannya. Tambah seronok lagi, ayahnya si gadis super duper senior kami dalam aliran Art& Design Textile, batch 1980. Saya tak lahir lagi tu...  Aha, bercerita panjanglah kami hari tu.

Ni bakal adik ipar saya, Nurul bersama Mak Lang yang membesarkan adik saya... In Shaa Allah, Tak de aral melintang bulan 10 tahun depan jadilah sebahagian keluarga kami. :)
Nampak best tak? Ni lah Mary Cheese... Bukan saya yang buat, tapi bakal adik ipar yang buat masa majlis merisik hari tu. Syoknya makan mende ni... Dah la saya peminat cheese. Resepinya pun mudah je. Nanti rajin boleh try buat, tapi kalau tak rajin... Boleh suruh bakal adik ipar buat! Hihihi...
Continue Reading

BBQ Malam Krismas

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Malam Krismas lepas, semua adik beradik sebelah saya berkumpul di rumah. Kami buat bbq kat taman untuk meraikan beberapa berita gembira iaitu hari lahir abah dan meraikan adik saya yang dapat keputusan cemerlang 8A dalam PMR.
    Sambil2 makan, bincang pula tentang majlis merisik untuk adik saya yang ke-6 keesokan harinya. Tak sangka cepatnya masa berlalu... Meriah sungguh bila ramai2 berkumpul macam ni. Lagipun dah lama benar tak buat bbq. Asyik sibuk dengan kerja jer. Sesekali berkumpul macam ni, rasa seronok dan hilang rindu zaman kanak2 dulu.

Continue Reading

Nurseri SZ pilihan terbaik!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, December 19, 2012

    Sepanjang minggu ni kami sangatlah sibuk berulang dr rumah ke nurseri sg buloh. Jumpa satu lagi nurseri yang harganya sangat berpatutan, tu yang asyik tu. Lagi pulak tuan punyanya sangat peramah dan tak kedekut. Baik dari segi diskaun mahupun ilmu. Nama pun orang kita... mestilah tinggi budi bahasanya. Ok, setakat ni memang inilah nurseri yang jual calathea dengan harga jauh lebih rendah dari nurseri-nurseri lain.
   Ok, sedikit info nurseri tersebut;
diusahakan oleh En Rahman b Shahar. Nurseri terletak di Sg Buloh, ikut laluan SK Sg Buloh terus ke dalam. Nurserinya di tepi jalan saja.Boleh lihat papan tanda seperti gambar. Info-info lain seperti nombor telefon juga ada. So, apa tunggu lagi. Jom kita tambah pokok di rumah!

P/S - Untuk calathea saya dapat RM7 /beg. Nak dapat harga macam saya? Call En Man dan cakap korang kawan Awie kenari coklat. Hehehe...

Continue Reading

Periuk kera batik

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, December 12, 2012



Subhanallah.... Memang indah sekali kan ciptaannya?

Semalam pulang dari pejabat singgah nurseri bunga Floranika kat Sg. Buloh dengan hubby. Cari pokok calathea untuk tanam tepi pagar rumah. Ternampak pula bunga yang cantik ni. Pokok yang dah berbunga ni tak tahulah berapa harganya, tak sempat nak tanya lebih-lebih. Anaknya yang tak berbunga lagi je dah dalam RM20 sepokok. Kata pekerja nurseri, cantik kalau ditanam di kawasan berpergola. Bunga periuk kera ni besar tapak tangan dengan corak batiknya yang betul-betul memukau mata memandang. Walau kedudukannya di nurseri tersebut agak tersorok, tapi dah namanya mata... Ada je yang nak dipandangnya.


Continue Reading

Sweet dream, Labu....

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, December 6, 2012

    Sweet dreams Labu... Comel sangat bila tengok Labu tidur, macam baby jer. Teringat mula-mula Labu datang rumah dulu. Makan tidur kat luar. Tapi lama-lama pandai lak tarik simpati kami supaya dapat tumpang berteduh dalam rumah bila waktu hujan. Mula- mula waktu hujan jer.Sekarang tidur makan main lepak dalam rumah setiap waktu. Tidur pulak nak tidur dengan kami jer. Kadang- kadang jer tidur dalam kotak.
Continue Reading

Makeover - Tandas

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, December 5, 2012

   Hujung minggu yang lepas kami telah membuat makeover untuk tandas di bahagian bawah. Mula-mula rancangannya cuma nak mengecat dinding tandas yang putih suci tu supaya ceria sikit. So kami ke kedai hardware AceMart mencari cat yang bersesuaian. Rasanya korang pun tau-tau je la, kan? Kalau dah masuk kedai tu mesti la mata secara tak langsung akan pandang benda-benda lain. Jadinya banyaklah benda yang tak masuk list pun terbeli sama. Haha...
    Sampai je kat rumah, memasing dah tau apa nak buat. Hubby start mengecat dinding dan saya pulak take part kat bahagian dapur-memasak. Ye le... Kang dah siap makeover boleh terus makan. Perut pun dah berkeroncong. So, dipendekkan cerita bahagian makeover ni memang hubby yang banyak buat tapi pengeluaran bajet lebih kurang sama je.
    Inilah tandas kami yang telah dimakeoverkan.... Cantik tak?
Dinding belakang kami lekatkan sticker corak kayu agar jadi feature wall.. So, dinding akan lebih terserlah.
Macam ni ler rupa keseluruhan bahagian dinding yang telah dilekatkan sticker tu...Amacam?
Rak cermin muka harus ada dalam setiap bilik air. Selain dari tujuan penstoran yang kemas, korang  juga berpeluang membelek dan memicit segala jerawat dan cela di muka. Hehe...
Pokok hidup... Bertujuan meneutralkan kembali udara dalam tandas. Selain itu, nampak le mesra alam sikit dengan adanya  tumbuhan hidup seperti pokok money plant ni. Pokok ni je yang paling senang nak jaga.
Ini gambaran keseluruhan dinding yang telah dicat dengan warna lime. Ceria tak? Ceria tak? Ceria...kan?
Motif pokok ni asalnya dari sticker yang saya tampal dulu. So, masa hubby nak cat dinding tu saya kata cat terus atas sticker, kemudian kita akan dapat hasilnya yang simple seperti ini.
Continue Reading

Mulberi Masak Ranum

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, December 4, 2012

   Pokok mulberi yang ditanam tepi tingkap sudah membesar dengan ketinggian yang sama dengan saya. Saiz buahnya pun dah besar sikit berbanding dulu. Dulu cenonit je, sekarang saiznya da dekat besar saiz ibu jari. Puas makan buahnya pagi semalam. Kutip-kutip dapatlah jugak dalam satu tapak tangan. Manis.... Petang ni kalau tak hujan nak cantas dahannya biar tumbuh tunas yang baru. Barulah boleh merasa lagi buahnya!

Continue Reading