Petang semalam kerajinan tangan nak membuat ubi ketuk. Ubi ni mak yang bawak dari kampung. Takde idea nak buat dengan ubi tu, jadi saya nak try buat ubi ketuk.
Ubi ketuk ni sejenis makanan berasaskan ubi kayu yang direbus, diketuk/ dilenyekan, dikepal-kepal menjadi bulat kemudian dicelup dalam bacuhan tepung cair dan digoreng. Ada juga yang tambahkan kelapa parut dan gula semasa melenyek ubi untuk mendapatkan rasa yang lebih best. Saya buat apa yang ada kat dapur je. Janji boleh makan!
Hasilnya ?
Jeng jeng jeng.....
Ubi Ketuk |
Sebelum tu, cara-cara nak membuatnya mudah saja.
Rebus ubi sampai empuk dengan sedikit garam, tuskan dan lenyek. Nak letak kelapa parut +gula pon boleh. Saya tak letak pun sebab tak de kelapa parut. Bulat2 kan ubi. |
Bancuh tepung gandum+sedikit serbuk kunyit(kasi warna ceria sikit) + air + garam. Celupkan bebola ubi tadi. |
Last sekali goreng sampai kekuningan. |
*Ada lebih semalam, jadi hari ni tapau buat mamam dalam kereta masa jemm. Emm, orang kereta sebelah jeling2 tu nak sikit la tu!
{ 2 komen... read them below or add one }
assalammualaikum dik,
wah rajin nya..tentu sedap ni.
salam kak putri.. kadang2 je, tu pon kalau M main jauh2! hiks...hiks!
Post a Comment