Khamis lepas adik saya nombor dua datang sekeluarga dari Raub, Pahang untuk belajar proses membuat sutera saring. Nak buat biz katanya... Bagus! Saya memang suka galakkan adik2 berniaga. So, lepas office hour saya pecut balik temankan adik saya beli barang2 printing baju. Hari Jumaat dia tinggal di rumah membuat beberapa frame kayu dan menyediakan meja khas sementara saya dan suami sibuk dengan urusan kerja kami. Malam tu pulak mak abah saya pula sampai dari Kuantan. Baru balik menolong mak cik saya mengemas rumahnya yang dilanda banjir baru2 ni. Kebetulan juga semuanya dapat berkumpul di rumah saya. So masak2 dan makan seadanya kami sekeluarga malam tu. Selesai makan malam kami berlonggok pula depan tv menantikan siaran Maharaja Lawak. Tengah sedap bergelak tawa, mak dapat panggilan dari pak cik saya di Taman Desa Jaya. Katanya nenek saya tiba-tiba tak sedarkan diri. Bergegas kami bersiap-siap nak menjengok nenek di sana. Namun sekerat jalan, pak cik saya telefon lagi bagitahu yang ambulan dah hantar nenek ke Hospital Universiti. So, tak jadi la ke rumah pak cik. Kami terus memandu ke arah Petaling Jaya.
Sampai2 nenek masih dalam emergency room. Semua tak dibenarkan masuk. Ahli keluarga mana yang dekat2, satu demi satu sampai. Menunggu sampai jam 4.30 pagi tetap tak dibenarkan masuk. Jadi kami pulang dulu bawa abah, isteri adik dan anak kecil diorang. Adik saya dan mak tinggal kat sana bersama sedara mara yang lain. Esok petang saya singgah sekejap di hospital. Mak masih menunggu. Saudara mara dari Pahang makin ramai yang sampai. Dalam kesempatan yang ada, sempat juga kami bertukar khabar dengan sepupu sepapat yang ada. Akhirnya dalam jam 4 lebih dapat juga menjenguk nenek saya sebelum balik. Nenek saya disahkan major stroke oleh doktor yang merawat. Sedihnya... Nenek dah tak nampak siapa yang datang melawat dia, malah nenek jugak tak dapat bercakap dan bergerak. Segalanya perlukan bantuan. Hari ni ingat lepas kerja nanti nak jenguk nenek sekejap. Lagipun nak jemput mak dan mak cik saya yang semalam bermalam di sana kerana giliran mereka.
Moga wan tabah menempuh dugaan dari Allah s.w.t. Kami sentiasa sayang pada wan!!
{ 1 komen... read them below or add one }
This is a nice article, and its good for us and others.
Post a Comment