Home » Posts filed under DIY
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Sunday, June 29, 2014
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Saturday, May 17, 2014
Salam.... Berkenan sgt dengan tote bag ni. Cari tutorial dan cuba jahit malam tadi. Then...
》
》
》
》
Tadaaa!!!
Sama tak... ?
Tak siap lagi. Tali tak pasang lagi disebabkan eyelet dan rivet tak ada. Emm.. Nanti nak pergi beli dari kedai aksesori beg di Klang.
P/S~ Tak sabar nak tunggu hasilnya!!
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Thursday, February 13, 2014
Nak tayang pun segan, tapi nak tayang jugak. Hahaha!
Ini hasil tak seberapa untuk dilekatkan pada papan buletin bilik seni sekolah hubby saya. Ok tak?
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Tuesday, December 31, 2013
Semalam aku dah merancang nak ganti tali jam yang putus hari tu. Makanya... Bertapalah aku dalam bilik kerja bermula dari lepas makan malam tadi.
Jam aku tu elok sangat lagi. Memang sayang kalau nak dibuang begitu jer. Tapi talinya putus pulak masa aku nak pakai hari tu. Mungkin dah sampai waktu talinya ditukarkan. Maklum saja jam murah...
Bukan susah sangat, aku tekap je paten tali asal. Dah dapat patennya baru boleh transfer atas material. Aku pilih material yang lebih kurang sama cuma kaler je berbeza. Asalnya aku nak tambahkan aksesori seperti stud atau rantai halus. Tapi memandangkan buckle dan frame jam aku tu kaler silver dan aku tak de aksesori kaler yang sama, maka aku tak menambahlah. Buat cam asal je. Nanti kalau aku jumpa jam murah2 kaler gold, boleh la aku eksperimen tambah aksesori stud tu..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Monday, November 18, 2013
Projek tiga minggu lepas adalah berkenaan kitar semula. Banyak tin susu yang saya telah cucikan bersih2 agar dapat dijadikan sebagai bekas tanaman untu herba2 dapur yang comel. Untuk mencantikannya, saya balutkan sebahagian luar tin tersebut dengan tali jut. Kemudian saya semaikan keratan2 herba sedia ada ke dalam bekas2 tanaman ni agar bekalan herba saya tidak putus. Hasilnya....
♡
♥
♡
♥
♡

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Friday, October 11, 2013
Walawei... Tajuk tak mengalah kan? Hahaha...
Minggu ni bakal sibuk dengan projek baru. Nak makeover balkoni bilik pulak. Sebelum ni balkoni ni jadi tempat letak segala barang2 tak berguna. Pelik tak... Dah tak berguna, tapi kami masih nak simpan buat menyemak ruang je. Ada sentimental value katanya.... Hah! Alasan yang kukuh kan? Sentimental la sangaaaat.... (Tangan kat bahu, mata juling ke atas)
So.... Nak tau kenapa kami boleh tetiba nak buat makeover segala ni? Sudah pastilah 'Jin M' dah keluar dari badan. Hahaha! Sejujurnya minggu lepas tetiba rasa bosan tengok susun atur bilik cam tu jugak tak bertukar2. Dah 5 bulan kutt.. Gaya yang sama. Sampai kalau tak bukak lampu pun, kompom boleh tau kat mana letak barang2 dalam bilik tu. Jadi minggu lepas memang seharian kami kemas bilik dan buat susun atur baru untuk bilik kami. Lepas kemas2 tu tetiba nampak balkoni yang suram dan penuh dengan barang2. Alahai... Sayang pulak tak manfaatkan balkoni tu. Walaupun kecik je, tapi boleh kut buat tempat santai2 malam sambil baca novel.
So pagi ni sempat singgah kat A1 Stone, Sri Damansara masa on the way ke office. Tak de la plan mana pun, tetiba je membelok masuk sebab jemm. Ha... Nampak tak bahayanya jemm kat area ada kedai2 cam ni? Masuk pun konon2 nak cuci mata sementara jalan lengang. Nak tanya2 dulu atau survey2 je. Sekali terbeli pulak! Adeh... Diakui hati wanita ni memang lemah dan mudah tergoda. Harga 18sqt rumput tiruan tu adalah rm138. Tapi berjaya dapat dengan harga rm50 untuk 12.5sqt. Kira2 balik, kira dah murah la dari harga asal. Rumput tu pun sebenarnya kena beli dgn lebar 1 meter. Tapi rezeki saya, ada lebihan rumput yang dah dipotong. Mungkin lebihan selepas pemasangan di rumah customer mereka. Jadi dapatlah saya beli dalam kuantiti kecik.
Harap hubby tak bising la balik nanti. So inilah hasil tangkapan di pagi yang jemm tadi. Bulan ni kena ikat perut la nampaknya. Apa nak buat... Balkoni punya pasal!
^_^
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Monday, September 30, 2013
Pagi semalam tetiba terfikir nak makeover sikit dinding dapur. Bosan pula bila polos jer dinding tu. Mula2 nak catkan dengan warna merah, tapi nak cat pasti banyak kerjanya. Mesti kena alihkan dulu barang2 dapur dan alas dengan plastik agar tak comot terkena cat.
Terfikirkan idea pantas dan mudah untuk makeover adalah pasangkan saja wall paper. Kebetulan wall paper sticker ada lagi 2 gulung yang lebih. So, tanya mood hubby dulu. Hubby kata ok, terus ambil tangga dan tool box. Lagipun student saya lewat sikit sampai, sempat sangat pasang wall paper tu sebelum dia sampai.
Sejam kemudian siap la projek keceriaan dapur kami....
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Thursday, September 19, 2013
 |
| Credit from pinterest.com |
Selalunya kalau nak cari idea, memang saya banyak rujuk dari pinterest.com. Tengok dinding kosong kat ruang atas tu rasa macam nak buat sesuatu. Biar ada manfaatnya. Macam2 idea nak buat. Nak gantung koleksi topi hubby la, nak buat rak buku2 novel saya la, nak gantung kanvas dengan lukisan sendiri la... Tapi semuanya macam tak berapa menarik. Idea lama. So belek2 kat pinterest ni terjumpa idea chalkboard wall ni. Ok jugak kan? Atleast boleh padam kalau dah bosan. Tunjuk kat hubby, tak sangka pula hubby setuju.
So bila hubby dah proceed, saya terus beli cat khas dan kelengkapan mengecat. Kami pilih warna hitam dari hijau tua. Ada juga pilihan lain seperti kelabu dan kelabu gelap. Tapi rasanya hitam lebih menepati citarasa kami. Lepas ni boleh tulis note untuk hubby kat dinding tu. Perancangan aktiviti bulanan pun boleh catatkan di situ. Tak de la terlupa je lepas ni.
* Rasanya kalau korang ada anak2 yang suka conteng dinding tu, boleh jugak sediakan ruang khas untuk diorang ekspresikan seni dalam diri diorang. Mana tahu, besar nanti jadi pelukis tersohor ke...
 |
| Yang ni kami punya wall. Ok tak? |
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Saturday, September 14, 2013
Hari ni nak kongsikan hasil DIY yang saya buat semalam. Dari bingkai lama yang masih elok saya gubahkan bersama bunga agar dapat dimanfaatkan pula sebagai sesuatu yang dapat dijadikan sebahagian dari hiasan rumah. Ianya murah serta senang didapati.
Ok, bingkai dari Ikea ni adalah hiasan dalaman di rumah lama. Saya jumpa semula ketika mengemas stor. Masih elok lagi dan boleh digunakan. Jadi saya bersihkan dan hiaskan dengan washi tape.
Dah siap nombor rumah yang dibingkaikan. Simple sangat pulak,kan?
So saya tambahkan dengan bunga hiasan supaya dapat menyuntik sedikit elemen harmoni dan lembut. Hasilnya....
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Sunday, September 8, 2013
Hari ni macam biasa, kemas rumah dan mencuba idea DIY yang dikumpul dari pinterest. Macam2 nak buat dan macam2 nak dicuba.
Memandangkan hari ni tak de kelas kasut, so ada la lebih masa untuk saya mengemas rumah. Banyak la botol2 bekas kicap, sos, sunquick dan sparkling yang memang diasingkan dari sampah biasa. Cadangnya nak jualkan je nanti, tapi hubby kata cantik kalau boleh buat sesuatu. Teringatlah entri lepas tentang botol terbuang. So hari ni cuba DIY kaki lilin.
Cantik??
Update (21/09/2013)
Tukar sikit centerpiece meja. Botol tu pun tambahkan tali jut sebagai hiasan.
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Tuesday, August 27, 2013
Raya tahun ni hubby merajinkan diri makeover dinding kat tepi tangga. Dah teruk sangat rupanya, dengan tompok2 kulat kesan dari paip dalam dinding rumah sebelah yang bocor. Dah lama pun dia bising pasal hal tu. Akhirnya orang sebelah tutup jugak. Terus tak digunakan langsung paip tu. Sayangnya dinding rumah kami bertompok2 dengan kulat. Mencemar pandangan sungguh!
Duduk berjiran sebelah menyebelah ni memang payah jugak kalau tak de tolak ansur. Nasib baiklah akak rumah sebelah tu mahu tolak ansur. Kalau tak, makin rosak la dinding rumah kami. So sekarang dinding tu tak lembap macam dulu lagi. Tapi tompok2 kulat masih kekal. Sakit mata kami tengok. Asal ada orang datang, mesti tanya kenapa dinding ade kulat? Jenuh nak cerita kat sorang2.
Sudahnya kami ambil keputusan nak pasangkan sticker wall paper tu. Nampaknya itu jer solusi paling jimat dan berkesan. Kalau nak catkan semula pun, kesan tompok tetap ketara. Kalau tampal dengan sticker wall paper inshaa Allah, dinding tu naik semula serinya. Hubby pasang sendiri jer. Wall paper sticker tu kami beli kat Mr DIY. Satu gulung tu lebar 45cm dan panjangnya 5 meter. Harganya pun murah cuma rm10 lebih jer segulung. Bajet untuk keseluruhan dinding ni di bawah rm60. Lepas siap pemasangannya, memang cantik sangat. Teruja!
* Lepas ni hubby boleh la senyum bila panjat tangga. No more sakit hati & sakit mata!
 |
| Sebelum & selepas |
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Monday, July 29, 2013
Salam Isnin, 20 ramadhan...
Hari ni nak share sikit DIY untuk tukar saluran sinki yang tersumbat. Well perkara ni memang biasa terjadikan? Kita orang Melayu memang suka makan makanan bergoreng dan lemak2 ni. So sebab tu la sinki cepat je tersumbat dengan lemak tepu. Biasanya bila hal ni terjadi, sinki akan bertakung dengan air. Nak membasuh atau masak memang tak de mood la masa tu. So, jalan penyelesaiannya adalah dengan korek dan bersihkan perangkap sampah kat bahagian bawah sinki. Ok, tu senang je kalau ada perangkap sampah. Tapi macam kes kami ni lain sket.
Masa renovate buat kabinet dapur dulu memang tak terlintas langsung nak check bahagian bawah sinki, sebab dok excited sangat dapat kabinetkan... Bila dah ada masalah, baru sedar yang saluran sinki tu tak de access keluar untuk perangkap sampah. Dalam kata lain sampah memang bertakung tapi kalau dah penuh, kena potong atau tebuk saluran untuk sampah tu keluar. Apa punya kerja la,kan?
 |
| Cer tengok kerjanya, dah la trap ke main tinggi macam mana sampah nak keluar? |
So Sabtu lepas cubalah cari plumber. Tapi tau2 je lah bila kita nak pakai urgent mesti semua plumber ade hal. Kalau ada pulak, bagi harga macam tak munasabah. Hubby cakap dia boleh tolong potong saluran tu kalau saya nak, tapi kena fikirkan dulu cara nak pasang balik. So setelah puas fikir akhirnya saya ajak hubby ke hardware berdekatan. Sebelum tu snap dua tiga keping gambar saluran sinki supaya orang hardware tu faham situasi sebenar.
Setelah diteliti, amoi kat hardware tu cadangkan kami guna saluran baru. Memang kena potong keseluruhan saluran tu dengan lubang sinki tu sekali. Memandangkan lubang sinki tu pun dah bocor sebab getahnya dah keras, so kami tukar satu set betul supaya sennag kerja. Modal cuma RM15 je berbanding kalau nak guna servis plumber yang boleh kata 5kali ganda cajnya. Tapi sebab tukar sekali kepala bahagian lubang sinki tu, kenalah semuanya RM28.
Saluran tu tak pasti pulak diperbuat dari bahan apa, tapi lebih kurang la dari aluminium dan ianya boleh adjust mengikut kesesuaian keadaan. Nampak tak ketak2 kat saluran tu? Haa.. Tu la fungsi ketak2 tu. Bahagian biru tu transparent, so boleh tengok kelancaran saluran melaui tiup tu. Agak2 dah kotor, boleh cabut bahagian yang bersambung dengan saluran besar kat dinding tu dan cuci dengan melalukan air ke dalam saluran tu saja. Tak payah dah susah2 nak pakai asid soda batu tu. Habis tangan rosak tau pakai asid tu!
 |
| Tada! Bersinar lagi gitu... |
Hah, tengok ni saluran dah baru. Lepas ni harap tak ada masalah lagi. Korang boleh cuba tukar saluran macam ni yang lebih flexible dan memudahkan kerja pembersihan. *Abaikan baldi dan kain buruk hasil aktiviti korek-mengorek lemak tepu.* Masa lebih jimat, poket pun selamat dan yang penting... mood memasak tak kelaut dengan masalah remeh -temeh. Selamat mencuba!
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Wednesday, January 2, 2013
Ni taman air mini yang saya dan hubby bina minggu lepas. Dah lama dah terfikir nak ada satu tapi bila sibuk, tangguhkan saja. Cuma baru- baru ni bila tengok2 DIY kat Youtube terfikir nak buat satu. Dan yang pasti berbajet rendah je.
Projek kali ni modal saya cuma RM50 saja. Saya cuma beli pasu hitam dan pam air, yang lain-lain gunakan apa yang ada di sekeliling saja. Gambar di bawah ni mungkin boleh terangkan dengan lebih jelas cara saya membina sebuah taman air mini. Baldi lama tu kalau nak lebih cantik boleh sembur cat hitam dulu, kalau tak nak pun ok jer, Nanti dah susun pokok keliling dan letakkan pagar hiasan dah tak nampak pun baldi tu. Projek ni kena try and error sebab kita kena pastikan flow air mengikut apa yang kita rancangkan. Kita juga kena pastikan air dari pasu besar akan melimpah masuk ke dalam baldi supaya pam dapat menyedut air ke atas (pasu kecil). Jika air tidak masuk semula ke dalam baldi, paras air akan rendah dan mungkin mengakibatkan pam rosak kerana pam perlu tenggelam sepenuhnya di dalam air. Ambillah langkah berjaga-jaga sekiranya ada anak2 kecil.
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Monday, May 16, 2011
Ni cara saya xpressikan seni. Mudah dan murah. Saya guna slab terbuang yang dikutip dari nurseri. Kemudian dengan menggunakan cat minyak saya tuliskan perkataan 'Welcome'. Keringkan seketika dan sudah boleh digantung sebagai aksesori taman anda sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu.
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Tuesday, May 10, 2011
Entah apa mood hari ni, pagi-pagi lagi dah buat lawatan kehormat kat nurseri. Hahaa.. Ni kes sebab ada setengah jam lagi sebelum masuk waktu office la nih. Hari ni keluar awal sikit dari rumah sebab kena gi farmasi Hosp. Sg Buloh ambil ubat. So, saja la singgah tengok harga pam kolam. Ikutkan hati nak je aku beli. Tapi otak cepat-cepat dok mencongak balance gaji yang ada, seimbang ke tidak sampai akhir bulan. Akhirnya aku sekadar singgah tanya harga je. Tapi ko tunggu la hujung bulan ni. Mesti nak angkat jugak! Dah lama tertangguh-tangguh dari dulu lagi. Nak jugak buat DIY kolam. Tak besar, kecik pon jadi le.. Harga pam kolam untuk 5 kaki tinggi tadi RM118. Tapi tokey tu bagi RM105. Rasa-rasa ok,tak rege tu? Ke ade tempat yang lagi murah? Boleh sapa-sapa bagi cadangan tak. Power tak silap 5000 tokey tadi kata.
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Tuesday, April 19, 2011
Ada Apa Dengan Aidadewie...: DIY Deko Laman Porch.:
Ingat lagi tak entry saya ni? Kalau tak ingat atau tak pernah baca bolehlah klik kat link atas tu..
Kalau dah baca entrynya, jangan lupa baca bahagian komen sekali sebab saya buat entry hari ni semata-mata nak membuktikan kata-kata seorang pengomen,
Saudara Norazman. Bukanlah buktikan apa pun.. Cuma nak tahu je apa akan jadi kalau saya tak ikut nasihat dia. Dan apa saya dapat bila ikut nasihat dia..
Ok, dah bersedia semua? Jom tengok gambar sambil baca caption. Jawapan ada di situ...
 |
Semaknye.. Ni la kalau tak ikut nasihat orang.
Orang dah pesan letak plastik hitam, tapi tak mo buat.. |
 |
Haa.. Yang ni pulak sebelah lagi yang ikut nasihat orang.
Kan ke terang sikit mata memandang... Ada sikit-sikit rumput tu tak pe lah.. |
Moralnya, next time kalau orang bagi nasihat tu ikut je, ok? Dah hujung minggu ni kena buat dua kali kerja... Kenalah buang balik batu tu untuk letak plastik hitam dulu. Naseb baik tinggal sebelah je lagi ..
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Tuesday, January 25, 2011
Salam semua. Pagi ni saya nak kongsi lagi projek DIY yang baru siap Sabtu lepas. Kali ni saya buat meja untuk minum-minum petang. Nampak tak batu-bata dan batu penutup longkang tu? Percaya tak semua tu kami kutip? Dah tahu dah mesti korang tak percaya kami kutip je batu-bata tu. Memang kami kutip pun di belakang bangunan kedai siap. Untuk pengetahuan korang, berjalanlah di belakang-belakang kedai di mana kawasannya baru dibuka kepada orang ramai. Pasti korang tak percaya bila tengok banyaknya benda terbuang yang korang boleh guna pakai semula. Contohnya macam batu-bata lebihan ni lah. Harus diingat ye...Jangan sesekali mengambil sesuatu yang letaknya di tepi pintu belakang atau yang masih berada dalam kawasan premis. Itu mencuri namanya. Tapi kalau dah nyata dibuang luar dari kawasan premis, bolehlah diambil.
Batu penutup longkang tu pun bukan kami curi dari mana-mana longkang. Batu tu kami jumpa berdekatan tempat memunggah batu dulu. So, agak-agak ada la dalam 5 keping. Tak mampu nak bawa balik semuanya. Satu ni pun dah berat yang amat dah.
Kali ni kita nak buatkan meja untuk kita minum sambil santai-santai hirup udara petang. Ingat lagi tak dulu kita dah ada bangku rustik, kan? So, meja pun kenalah padankan juga dengan tema rustik. Rustik ni bersifat sesuatu yang asli tanpa kemasan akhir. Kiranya kalau kita guna batu-bata tu tak payah dah nak plaster kat luar. Biar dia natural je.
Ok, mula-mula kena la cari lokasi yang sesuai nak letak meja tu. Ini sebab meja tersebut akan berkedudukan tetap. Untuk projek ni, kami ratakan dulu tanah untuk tapak meja. Tujuannya korang pon faham la kan, kalau meja senget tumpah la air nanti.
Setelah pasti tanah betul-betul rata, bolehlah atur batu-bata tu. Nak tahu rata ke tak, guna pembaris yang ada water level tu. Susun batu bata secara bersilang untuk mengukuhkan kedudukannya. Kami tak guna simen untuk projek ni supaya senang kalau nak ubah kedudukan meja tu. Tapi kalau rumah ada anak kecil, nak pulak yang tengah lasak... baik simenkan elok-elok agar tak mendatangkan kecederaan yang tak diingini pulak nanti.
 |
Bila tengok sarung tangan putih tu teringat pulak kat satu dialog Raja Lawak minggu lepas.
~ "Kenapa MJ pakai sarung tangan sebelah je?"
~ "Sebab kalau pakai dua belah nampak macam pekerja kontrak." Hahaha.. |
Lepas siap aturkan batu-bata menjadi tapak meja, bolehlah letakkan batu tadi. Berat batu ni. So, masa angkat kena hati-hati dan pastikan ianya seimbang.
Dah siap pun meja kita. Sekarang dah boleh minum-minum.. Ops..Belum siap lagi. Takkan togel camtu je meja tu. Tak artistik langsung.
Ok, kita tanam la sikit pokok bunga bagi meriah tempat ni. Pastu bolehla angkat batu-batu yang kita angkut dulu tu. Letakan kat tepi-tepi sebagai elemen hiasan. Batu-batu tu pun kalau disusun elok-elok boleh juga dijadikan tempat duduk. Yelah.. Bila dah ramai-ramai, takkan semua nak duduk kat atas bangku tu...Patah la dia,kan? Ok, bab menambah hiasan tu kita sambung episod seterusnya dalam entry The Making of Rustik Garden. Eceh.. Speaking omputih la plak..
Continue Reading