Click Here!

DIY Tukar Paip Sinki Tersumbat

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, July 29, 2013

Salam Isnin, 20 ramadhan...
  
    Hari ni nak share sikit DIY untuk tukar saluran sinki yang tersumbat. Well perkara ni memang biasa terjadikan? Kita orang Melayu memang suka makan makanan bergoreng dan lemak2 ni. So sebab tu la sinki cepat je tersumbat dengan lemak tepu. Biasanya bila hal ni terjadi, sinki akan bertakung dengan air. Nak membasuh atau masak memang tak de mood la masa tu. So, jalan penyelesaiannya adalah dengan korek dan bersihkan perangkap sampah kat bahagian bawah sinki. Ok, tu senang je kalau ada perangkap sampah. Tapi macam kes kami ni lain sket.

    Masa renovate buat kabinet dapur dulu memang tak terlintas langsung nak check bahagian bawah sinki, sebab dok excited sangat dapat kabinetkan... Bila dah ada masalah, baru sedar yang saluran sinki tu tak de access keluar untuk perangkap sampah. Dalam kata lain  sampah memang bertakung tapi kalau dah penuh, kena potong atau tebuk saluran untuk sampah tu keluar. Apa punya kerja la,kan?

Cer tengok kerjanya, dah la trap ke main tinggi macam mana sampah nak keluar?
   So Sabtu lepas cubalah cari plumber. Tapi tau2 je lah bila kita nak pakai urgent mesti semua plumber ade hal. Kalau ada pulak, bagi harga macam tak munasabah. Hubby cakap dia boleh tolong potong saluran tu kalau saya nak, tapi kena fikirkan dulu cara nak pasang balik. So setelah puas fikir akhirnya saya ajak hubby ke hardware berdekatan. Sebelum tu snap dua tiga keping gambar saluran sinki supaya orang hardware tu faham situasi sebenar. 

  Setelah diteliti, amoi kat hardware tu cadangkan kami guna saluran baru. Memang kena potong keseluruhan saluran tu dengan lubang sinki tu sekali. Memandangkan lubang sinki tu pun dah bocor sebab getahnya dah keras, so kami tukar satu set betul supaya sennag kerja. Modal cuma RM15 je berbanding kalau nak guna servis plumber yang boleh kata 5kali ganda cajnya. Tapi sebab tukar sekali kepala bahagian lubang sinki tu, kenalah semuanya RM28.

   Saluran tu tak pasti pulak diperbuat dari bahan apa, tapi lebih kurang la dari aluminium dan ianya boleh adjust mengikut kesesuaian keadaan. Nampak tak ketak2 kat saluran tu? Haa.. Tu la fungsi ketak2 tu. Bahagian biru tu transparent, so boleh tengok kelancaran saluran melaui tiup tu. Agak2 dah kotor, boleh cabut bahagian yang bersambung dengan saluran besar kat dinding tu dan cuci dengan melalukan air ke dalam saluran tu saja. Tak payah dah susah2 nak pakai asid soda batu tu. Habis tangan rosak tau pakai asid tu!

Tada! Bersinar lagi gitu... 

   Hah, tengok ni saluran dah baru. Lepas ni harap tak ada masalah lagi. Korang boleh cuba tukar saluran macam ni yang lebih flexible dan memudahkan kerja pembersihan. *Abaikan baldi dan kain buruk hasil aktiviti korek-mengorek lemak tepu.* Masa lebih jimat, poket pun selamat dan yang penting... mood memasak tak kelaut dengan masalah remeh -temeh. Selamat mencuba!

{ 8 komen... read them below or add one }

Anonymous said...

Assalam..tumpang tya apa nama saluran tu n beli hardware area mn? T.kasih..

Aida Awie said...

as salam. sy tak pasti namanya. tapi pekedai cakap flexible pipe. maybe tunjuk gambar pada diorang lbh ok kut.. rasanya mana2 hardware ade je jual.

Azim Aris said...

tgh cri entri pasal ni...sinki tersumbat lol....

wah nice siap berkilau lagi tu heheh

Unknown said...

cik macam mane nak sambungkan salur yang warna kelabu tu dengan dinding yang warna hitam tu..pakai gam ke???

Unknown said...

cik macam mane nak sambungkan salur yang warna kelabu tu dengan dinding yang warna hitam tu..pakai gam ke???

Anonymous said...

kalau setakat paip sinki camtu oklah taknak guna soda.. dapat yg piping dlm simen cam tandas memang soda la jawab nye atau piping dia besar2 tak berbaloi dgn harga, soda pon taklah mahal sgt

Unknown said...

Kalau beli Kat diy Ada Tak sebab sinki dah bocor teruk

Unknown said...

klu dlm lubang kt dinding tersumbat nk buat mcm mana..