Dah lama nak beli organizer bag ni sebenarnya. Tapi baru semalam tergerak hati nak beli. Sebab apa tau? Sebab ada orang nak belanja. Cantiknyer...la kan? Kaler pink gitu... ♥(^_^)♥
So balik dari office terus gerak dengan hubby ke Mr DIY yang baru bukak kat Tesco Mutiara Damansara tu. Hubby plan nak beli face mask untuk motor dengan cd organizer kat dalam kereta tu je sebenarnya. Tapi macam la tak biasa kan... Kalau dah namanya shopping, konon nak cuci mata jer, sudahnya tercuci jugak la poket sekali kekdahnya. Benda yang nak beli tak beli pun, yang tak de dalam list pulak penuh dalam troli. So pilih2, masuk sekali la bag organizer ni dalam troli.
Senang sket kalau ada ni sebab tak de la barang sepah2 dalam handbag tu. Bila time nak guna puas nak mencari. Nak pulak cam handphone,kan... Tetiba ade org call puas nak selongkar beg sebab macam2 ada dalam beg tu. Kadang terlindung kat bawah2 sudahnya miss call. Heh. Memang takde la nak call semula. Tunggu je. Kalau penting mesti orang tu call balik,kan? Kalau tak call tu maknanya sesajer je la nak sembang. *Hehe.. Giler kedekut kredit,kan?
Satu lagi, kalau time nak gi memana nak2 pulak kalau nak cepat tu... Selalu susah sangat nak jumpa lipstik, sebab dah pakai main campak jer dalam beg tu. Nanti bila nak guna balik, mulalah meroyan mencari. Habis ditelangkup semua isi beg semata2 nak cari lipstik sebatang. So harap lepas ni senang la saya nak cari barang dalam handbag. Nak tukar2 handbag pun jimat sket masa. Tarik keluar jer organizer bag tu dan masukkan dalam handbag yang nak pakai. Tak yah nak terkobek2 semua poket semata-mata risau ada barang yang tertinggal. Macam kunci office, penting tu... Buatnya tertinggal, dahsatu hal pulak nak patah balik ke rumah. Leceh. So harap beg lebih tersusun. Tak mau dah sepah2, campak2 sesuka hati. ♥♡♥
Published with Blogger-droid v2.0.10
{ 1 komen... read them below or add one }
Assalamualaikum .... Jualan Sales Selepas Raya. Walaupun Raya dah habis tapi masih banyak rumah terbuka nak kena hadiri. Jadi kenalah melaram dan bergaya dengan barangan Kemas. Jadi, di kesempatan ini saya nak menjual beberapa barang kemas seperti rantai tangan, brooch, cincin dengan harga yang sangat murah sehingga diskaun 20%. Memang mampu nak miliki kalau nak bandingkan di kedai emas di luar sana. Perbezaan berkali2 ganda. Tetapi tempoh pembelian sehingga 14/8/13 .... selepas 14/8/13 harga akan kembali asal. Bagi customer saya duduk di KL/ Selangor saya akan buat C.O.D (untuk ready stock) dan penghantaran percuma sekiranya bank in sebelum 14/8/13. Bagi di luar KL/Selangor penghantaran akan di buat pada 14/8/13 setelah menerima bayaran. Sila lihat PHOTO untuk beberapa brangan KEMAS yang READY STOCK.... https://www.facebook.com/groups/zhulianduniaku/photos/
Post a Comment